in

Ibu Hamil Kena Alert! 5 Jenis Ubat Ini Boleh Sebabkan Cacat Janin & Keguguran

Fi Ubat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasa kita dengar ibu hamil kena amalkan gaya hidup sihat, makan makanan berkhasiat dan tambah lagi dengan supplement atau vitamin untuk make sure keadaan ibu dan bayi sentiasa sihat.


Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya ada jenis ubat yang ibu hamil ni tak boleh makan kerana ia boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan lebih teruk lagi keguguran.

Jadi, melalui perkongsian sebuah akaun di laman Twitter milik sebuah farmasi online @Farmacora, mereka telah menyenaraikan 5 jenis ubat yang bahaya untuk dimakan oleh ibu hamil.

Chloramphenicol

 

Menurut Farmacora, ubat ini merupakan sejenis ubat antibiotik yang biasanya disarankan oleh doktor bagi individu yang terkena infection. Ibu mengandung tidak boleh makan ubat ini kerana ia boleh menyebabkan bayi mengalami gray baby syndrome. Penyakit ini biasanya banyak berlaku kepada bayi pramatang kerana tindak balas secara langsung terhadap keupayaan hati untuk memproses ubat.

Levofloxacin dan Ciprofloxacin

Sama seperti Chloramphenicol, ubat ini juga merupakan antibiotik bagi infection. Menurut satu kajian pada tahun 2017, terdapat tiga risiko ubat ini terhadap ibu hamil:

  • Meningkatkan risiko keguguran
  • Menyebabkan masalah pada tumbesaran tulang bayi
  • Menyebabkan masalah pada pembentukan otot bayi

Sulfonamides

Masih lagi dalam keluarga ubat antibiotik, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan risiko keguguran dan masalah jaundice (penyakit kuning) yang teruk pada bayi apabila lahir nanti.

Codeine

Ubat ini kebiasaannya disarankan oleh doktor bagi mereka yang mengalami masalah batuk kering, diarrhea (cirit-birit) dan juga sebagai ubat tahan sakit. Kandungan codeine dalam ubat boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.

Jadi, ibu hamil dinasihatkan agar menyemak dahulu kandungan ubat dan mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi yang bertanggungjawab.

Ibuprofen

Ubat ini sering digunakan bagi rawatan sakit sendi, gout, demam dan sakit gigi. Ia disebabkan oleh fungsi utamanya iaitu sebagai ubat tahan sakit. Antara kesan ubat ini terhadap bayi ialah:

  • Jaundice (penyakit kuning)
  • Pendarahan
  • Kerosakan pada dinding usus perut
  • Menyebabkan masalah jantung pada saluran penting ductus arteriosus

Bukan setakat ibu mengandung je kena alert, bakal bapa juga kena sama-sama jaga kesihatan ibu dan bayi dengan ambil tahu apa yang boleh dan apa yang bahaya untuk mereka!

Baca: Rindu ibu rupanya- [VIDEO] Ramai Sebak Lihat Interaksi Bayi Dengan Ibu Separa Koma Mangsa Dera Suami

Bayi Ibu Koma Dipukul Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.