in

Ibu & Bayi Baru Lahir Mati Sebab Doktor Lakukan Pembedahan Ceasar Dalam Keadaan Mabuk

Doktor Mabuk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dek kerana meneruskan pembedahan Caesarean dalam keadaan mabuk, seorang doktor telah menyebabkan kematian ibu serta bayinya yang baru dilahirkan. Menurut Chanel News Asia, mangsa bernama Kamini Chachi, 22, telah dihantarkan ke hospital kerajaan di Botad, Gujarat pada Isnin malam (26 November) selepas dia mula rasakan contraction.


Dr Paresh Lakhani, doktor senior yang telah bekerja di hospital tu selama 15 tahun kemudian menjalankan pembedahan ke atas Kamini. Malangnya, bayi itu mati ketika lahir dan Kamini pula dilaporkan mengalami pendarahan yang banyak.

Doktor
sumber: times of india

Ahli keluarga kemudian membuat keputusan untuk menghantar Kamini ke hospital swasta dengan segera namun dia mati ketika dalam perjalanan. Laporan polis dibuat dan selepas siasatan, Dr Paresh didapati berada dalam keadaan mabuk ketika pembedahan dijalankan.

Menurut polis Botad,

“Berdasarkan ujian breathalyser yang dilakukan, pihak polis mendapati bahawa doktor itu memang berada dalam keadaan mabuk ketika bertugas. Dia kini telah ditahan dan sample darahnya telah dihantar untuk ujian.”

Mayat Kamini pula dilaporkan telah dihantar ke Hospital Sivil Bhavnagar untuk bedah siasat dan keputusan akan dihantar kepada jawatankuasa yang diketuai oleh pakar bedah untuk memeriksa dan mengesahkan pertuduhan tersebut.

Kesiannya… Tak pasal pasal dua nyawa melayang!

Baca: “Doktor salahkan nurse, nurse salahkan doktor” – Gara-gara Kecuaian Hospital Kaki Bayi 4 Bulan Bengkak dan Jadi Hitam

Bengkak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.