in

“Doktor salahkan nurse, nurse salahkan doktor” – Gara-gara Kecuaian Hospital Kaki Bayi 4 Bulan Bengkak dan Jadi Hitam

Bengkak

Seorang bayi berusia 4 bulan tak pasal-pasal kena menanggung kesakitan kerana kecuaian pihak hospital apabila kakinya membengkak dan ditumbuhi gelembung hitam yang mengandungi air.

 

Doktor ‘salah masuk line’ masa jalani pembedahan hernia 

Menerusi perkongsian datuk mangsa yang viral di Facebook, cucunya Muhammad Zain Al Fateh Muhammad Faizal Amri pada awalnya menjalani pembedahan hernia di Hospital Pulau Pinang sebelum bayi itu mengalami komplikasi apabila tekanan darahnya menurun.

Walau bagaimanapun, ibu mangsa mendakwa pihak hospital telah melakukan kecuaian ketika memasukan darah melalui kaki bayi apabila doktor tersalah masuk line (tersalah cucuk jarum) hingga kaki anaknya membengkak begini. Aduhai!  

46117914 1262771213864058 7693419697206722560 N
sumber: facebook
46040760 1262681587206354 3512450441084403712 N
sumber: facebook

 

“Doktor salahkan nurse dan nurse salahkan doktor depan parents” 

Lebih mengecewakan, setelah kejadian tersebut berlaku kedua-dua pihak sama ada doktor ataupun jururawat yang melakukan pembedahan terhadap bayi itu langsung tidak mahu mengaku salah.

Malah lebih teruk, mereka salah menyalahkan antara satu sama lain di hadapan ibu bapa bayi itu. Uishh boleh pulak macam tu! 

“Doktor tuduh jururawat yang salah masukkan jarum ke saluran darah, menyebabkan kaki anak saya membengkak dan menggelembung air, seperti apa yang diberitahu saya awal hari ini. 

“Apa yang lebih mengecewakan ialah doktor dan jururawat saling menyalahkan satu sama lain. Doktor kata jururawat yang lakukannya dan jururawat pula kata sebaliknya, dan mereka bergaduh di hadapan saya,”  kata Muhammad Faizal Amri Abdul Ghani, bapa bayi itu kepada NST.

46086981 1262681570539689 1704576183665950720 N
sumber: facebook

 

Boleh saman pihak hospital dalam tempoh tiga tahun dari sekarang

Menurut NST, bapa bayi memaklumkan bahawa kaki anaknya perlu dibedah bagi mengeluarkan darah beku di dalamnya. Pun begitu, anaknya kini dalam keadaan stabil.

“Pihak hospital mendakwa perkara ini berlaku sebab pergerakan bayi. Tapi kini anak saya masih tak sedarkan diri lepas diberi suntikan pembedahan hernia. 

“Anak saya masih dalam suntikan anaesthetic untuk kurangkan kesakitan lepas pembedahan. Macam manapun saya risau akan kesan anaesthetic yang akan ganggu tumbesarannya,” kata bapa bayi.

46112742 1262681617206351 299320578710437888 N
sumber: facebook

Dia juga memaklumkan bahawa pihak hospital memberitahunya untuk menyaman mereka dalam tempoh tiga tahun dari sekarang. Oleh itu, dia akan membuat laporan polis hari ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hospital Pulau Pinang kerana kecuaian.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Wan Mansor Hamzah akan membuat pertemuan dengan ibu bapa bayi tersebut hari ini untuk penjelasan lanjut.

Harap bayi tersebut cepat sembuh. Sedih tengok keadaan kaki dah menggelembung macam tu! 

Baca: Akibat Kutip Baju Yang Terjatuh Dari Ampaian, Badan Bayi Ini Dimasuki Ulat ‘Maggots’!

Bot