“I will delete everything” – Rebecca Terima Teguran ‘Abang Long’, Padam Video Pergaduhan Keluarga

Tambah ke Sumber Pilihan
“I will delete everything” – Rebecca Terima Teguran ‘Abang Long’, Padam Video Pergaduhan Keluarga

Dua tiga hari ini, kecoh berkenaan pertelagahan keluarga di antara Datin Rebecca Nur Al-Islam dan Datin Shahida yang mana video mengenai isu ini telah dimuat naik Rebecca di Instagram hingga mencetus kritikan netizen.

Dalam video tersebut, Rebecca memberi penjelasan dengan mendakwa dirinya diserang oleh seorang individu yang digelar ‘makcik b*doh’ dipercayai merujuk kepada Shahida.


Screenshot 2025 04 20 At 11

Artikel berkaitan: “Tolong stop tanya soalan ni” – Anak Bonda Rozita Ibrahim Dedah Ibu Sudah Bercerai & Berkahwin Lain

Artikel berkaitan: 8 Pengajaran Yang Boleh Kita Ambil Daripada Pergaduhan Eina Azman dan Rebecca 

“Demi menghormati abang yang saya sayangi” 

Namun setelah isu menjadi kecoh, Rebecca telah memuat naik satu hantaran di Thread memaklumkan yang dia mengambil pendekatan untuk memadamkan semua hantaran yang dimuat naiknya berkaitan isu tersebut.

Perkara itu dilakukan selepas dia katanya telah menerima nasihat dan teguran daripada ‘Abang Long’ yang juga suami kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita.

Rebecca

Terima kasih Abang Long untuk nasihat pada malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini. 

“Love you Along, adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sentiasa sihat dan bahagia sentiasa bersama isteri dan anak-anak tercinta. 

“Saya akan delete segala-galanya. Blood is thicker than water,” tulis Rebecca.

Terdahulu, Bonda Rozita juga ada memuat naik hantaran memuji menantunya, Shahida setelah isu panas meletus di antara Shahida dan adik iparnya, Rebecca.

Menurut Bonda Rozita, Shahida adalah menantu terbaik dan dia juga sudah menganggap wanita itu sebagai sahabat baiknya.

Snapinsta.to 491931576 18502284952056110 8016583062805421667 NSumber: Instagram

Apa-apapun syukurlah isu ini sudah selesai. Harap tiadalah yang mengapi-apikan mereka dan moga hubungan keluarga ini kekal utuh. 

Sumber: Thread

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“I will delete everything” – Rebecca Terima Teguran ‘Abang Long’, Padam Video Pergaduhan Keluarga
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/i-will-delete-everything-rebecca-terima-teguran-abang-long-padam-video-pergaduhan-keluarga/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM