in

“I think the boyfriend nak cari excuse nak break je” – Netizen Ada Hidu Benda Tak Kena Pasal Video Gold Digger Prank Ni

Prank4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara isu yang seringkali menjadi perbalahan antara lelaki dan wanita adalah masalah dalam hubungan, macam-macam aspek yang dibahaskan untuk mempertahankan ‘belah’ masing-masing.


Baru-baru ini viral di media sosial pasal satu video gold digger prank dimana ada lelaki akan memberikan wang tunai sebanyak RM 20K kepada teman wanita seseorang ini untuk menjadi artis rakaman.

Tujuan si lelaki itu ingin membuat prank tersebut adalah untuk menguji tahap kesetiaan pasangannya.

 

Ditawarkan 20K nak tengok GF setia atau tidak

Nak dipendekkan cerita prank dalam video ini berjalan dengan lancar. Ia menjadi tumpuan netizen di Twitter kerana melihat bahawa si teman wanita tersebut sanggup terima cek bernilai RM20K dan sanggup terima tawaran daripada prankster itu untuk menjadi teman wanitanya sebelum ‘kantoi’.

Dalam video itu dapat dilihat bahawa teman wanitanya begitu menyesal atas perbuatannya dalam menjelaskan bahawa dirinya kini jobless.

Namun begitu, ada netizen yang mula rasa sesuatu yang tak kena dalam video tersebut. Berdasarkan pemerhatian individu ini, pada mulanya si wanita tersebut enggan untuk terima wang tersebut, namun begitu dapat dilihat sikap teman lelakinya yang seolah-olah nak pastikan teman wanitanya itu terima tawaran tersebut.

Dari situ warganet ini menyifatkan bahawa ia seperti agenda lelaki tersebut yang nak putus dengan teman wanitanya.

 

I think the boyfriend nak cari excuse nak break je”

Gd

Dalam pada itu, warganet ini juga menempelak tindakan prankster tersebut yang seolah-olah nak provoke wanita tersebut.

Tweet yang telah meraih 19.7K jumlah perkongsian sejak ia dimuat naik dalam masa 22 jam ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak sependapat dengan individu ini.

 

Reaksi Netizen

 

Netizen Netizen2 Netizen3

 

Video penuh

Hurm, bagi min ia terpulang kepada pendirian kalau setia tak payah nak uji-uji nanti diri sendiri sakit harti. Semua orang ada kelemahan dan kelebihan malah tak terlepas daripada buat silap. Kalau itu jodoh kita, memang apa jadi sekalipun tetap bersama. Tak gitu?

 

Baca : Gara-gara Prank Jiran, Satu Keluarga Dimasukkan Ke Hospital Selepas Makan “Kari Ganja”

Golddigger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.