in

Gara-gara Prank Jiran, Satu Keluarga Dimasukkan Ke Hospital Selepas Makan “Kari Ganja”

Sc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ganja adalah sejenis dadah terlarang dikebanyakkan negara dan cara penggunaan dadah ini sama seperti menghisap tembakau. Tetapi lain pula yang terjadi di India. Seluruh ahli keluarga dikejarkan ke hospital setelah mencampurkan sebungkus besar ganja ke dalam kari mereka. What!


Menurut laporan sumber, dipercayai seorang mangsa membeli bahan terlarang itu selepas diperdaya kononnya ia merupakan campuran halba, kentang tumis dalam bawang putih dan herba dan sesuai untuk dibuat kari yang bernama ‘Aloo-methi’

Menurut sumber lagi, polis di Kannauj, India, mendakwa mereka membeli bahan tersebut dari seorang lelaki bernama Nawal, jiran salah seorang mangsa yang bernama Nitesh.

Nitesh mendakwa memberi ‘herba’ tersebut kepada kakak iparnya, dan kemudian memasukkan satu beg bahan tersebut dalam hidangan kari sebelum menikmatinya bersama enam orang ahli keluarga yang lain.

0 Swns Cannabis Meal 002

Mereka sekeluarga mula mendapat kesan selepas beberapa jam setelah makan kari tersebut. Mereka juga sempat memberitahu jiran sebelum tidak sedarkan diri.

Kemudiannya, pasukan perubatan tiba di kediaman tersebut sebelum membawa mereka ke hospital. Kesemua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

1 Swns Cannabis Meal 012

Menurut polis tempatan, Nagendra Kumar Pathak berkata mereka sudahpun merampas ganja itu termasuk hidangan kari yang dimasak untuk dilakukan ujian makmal.

Suspek juga mengaku ia merupakan perbuatan ‘prank’ yang dilakukan keatas keluarga tersebut.

Baca: Ingatkan pokok buluh -Alasan ‘Mat Tarzan Bila Kantoi Dengan Pihak Berkuasa, Tanam Pokok Ganja Depan Rumah

A 2

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.