in

“I miss him. Inspiration”- Ramai Netizen Cair Tengok Kembar P Ramlee Nyanyi Lagu Ragaman Masa Muzik-Muzik Separuh Akhir

Ft6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua telah menyaksikan separuh daripada calon-calon Muzik-Muzik Separuh Akhir pusingan kedua minggu lepas. Selain lagu Naim Daniel – Sumpah mendapat perhatian sehingga menggondol lagu terbaik, ada satu lagu tumpuan yang menambat hati penonton.


Lagu Ragaman hasil ciptaan Faizal Tahir yang juga merangkap penyanyi asal lagu tersebut dinyanyikan semula oleh seorang pemuda yang menyerupai seniman lagenda negara iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

 

Ragaman – Fairuz Misran

Seperti yang kita sedia maklum, Faizal Tahir telah mengumumkan bahawa dirinya mahu berehat sebentar daripada menyanyi, tanpa diduga lagu Ragaman telah tercalon dalam Muzik-Muzik 34 peringkat sepruh akhir.

Faizal Tahir memilih pemuda yang yang dikenali sebagai Fairuz Misran kerana penampilan dan personalitinya saling tak tumpah macam Tan Sri P. Ramlee.

Ia sekaligus telah membuatkan ramai yang terpegun melihat keasyikan pesembahan itu, versi klasik yang dibawa oleh Fairuz ini telah mendapat pujian orang ramai.

Tapi dalam ramai-ramai orang kenapa kena dia? Rupa-rupanya, menurut Faizal Tahir, masa dia buat lagu yang menampilkan kelainan dari segi gubahan muzik dan juga genre yang mempunyai elemen ‘reggae’ itu merupakan hasil inspirasi daripada lagu-lagu Tan Sri P.Ramlee.

Itu sebablah muzik video lagu ni ada mirip-mirip gaya cerita-cerita klasik zaman-zaman P.Ramlee dan Saloma tu.

 

Sebagai peminat P.Ramlee, saya hanpir nangis – Netizen

Ft Ft2

Tapi admin tersenyum je sepanjang tengok dia perform, memang sampai vibe P.Ramlee tu. Harap-haraplah dapat masuk final AJL!

 

Baca : “Takkan dah nak bersara dah?”- Peminat Sedih Bila Faizal Tahir Umum ‘Rojak’ Adalah Album Terakhirnya

Faizaltahir

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.