in

“I believe i can fly”- Macam Karpet Terbang Aladdin, Individu Steady Naik Banana Boat Sambil Berdiri!

Banana Boat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda merupakan seorang yang gemarkan aktiviti lasak, mesti anda pernah menaiki permainan banana boat atau triple inflatable boat di tepi-tepi pantai atau di pulau kan.


Seorang individu ini pula menjadi perhatian ramai apabila dia menaiki triple inflatable boat itu sambil berdiri sehingga bot tersebut ‘terbang’.

Gelagat individu itu telah dikongsikan oleh laman Facebook Pakej Pulau Semporna baru-baru ini dan sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan di platform terbabit.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] YouTuber Di Dubai Curi Perhatian Ramai Lepas Berjaya Reka ‘Karpet Terbang’ Macam Aladdin

Artikel Berkaitan: “Lain macam healing” – [VIDEO] Gelagat Budak Solat Siap Sujud Dalam Laut Buat Ramai Terhibur

Apa yang menjadi perhatian lagi ialah dia dilihat seperti sangat santai kerana menaiki bot berkenaan sambil berdiri walaupun bot tersebut sedang ‘terbang’.

Ada warganet yang menyamakan gelagat individu itu seperti sedang menaiki karbet magis terbang dalam filem Aladdin.

Selain itu ada juga yang mengatakan gelagat individu itu seperti sama seperti lirik lagu I Believe I Can Fly.

Sumber: Facebook Pakej Pulau Semporna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.