in

[VIDEO] YouTuber Di Dubai Curi Perhatian Ramai Lepas Berjaya Reka ‘Karpet Terbang’ Macam Aladdin

F1 Karpet Dubai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda merupakan peminat filem Disney terutamanya Aladdin, mesti anda tahu tentang kenderaan unik yang digunakan oleh Aladdin untuk membawa Puteri Jasmine kan iaitu karpet terbang.

Walaupun filem itu rekaan semata-mata dan banyak guna kesan CGI, namun ada seorang YouTuber di Dubai ini telah berjaya membina sebuah ‘karpet terbang’, lapor UNILAD.


Karpet Dubai 3

Tapi, jangan salah faham, tiada sebarang unsur sihir atau Genie digunakan untuk membina kenderaan khas Aladdin itu sebab YouTuber yang dikenali sebagai RhyzOrDie itu telah memanfaatkan beberapa skil kejuruteraan dan suntingan video untuk menghasilkan karpet tersebut.

Difahamkan, YouTuber terbabit telah meletakkan rangka paip PVC pada papan longboard (sejenis alat yang hampir sama dengan skateboard) dan selepas itu, sebidang karpet kecil seperti saiz sejadah pula dialas di atas longboard itu.

Dia kemudiannya mengenakan kostum Aladdin untuk menaiki karpet terbangnya itu di sekitar bandar di sana. Anda boleh tonton video ini untuk tengok macam mana reaksi orang awam di sana.

Pengembaraan RhyzOrDie nampaknya tidak berakhir di situ sebab dia juga telah menaiki ‘karpet terbang’ itu untuk terapung di atas air laut. Untuk terapung di atas air pula, lelaki ini dengan bantuan beberapa orang rakannya telah meletakkan karpet itu dia atas papan luncur elektrik.

Karpet Dubai 2

Bagi menampakkan kesan seperti dia benar-benar terapung, RhyzOrDie juga telah menyunting video dan menggunakan sedikit kesan CGI untuk mendapatkan hasil akhir yang terbaik.

Untuk lihat di sebalik tabir pembinaan ‘karpet terbang’ ini, boleh tonton video ini pula.

Hebat betul idea dorang ni, macam ni lah baru content creator yang sebenar kan. 

Sumber: UNILAD, YouTube RhyzOrDie

Baca: Banyak Diskriminasi, Ini 4 Sisi Gelap Dubai Yang Tidak Diketahui Ramai 

Karpet Dubai 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.