in

[TERKINI] Pengarah Jab. Penguatkuasaan MBSA Ditahan SPRM Disyaki Terlibat Sindiket Lindung Premis Haram

Mbsa Sprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu penguat kuasa melindungi perniagaan haram dan pusat perjudian di Sungai Buloh tempoh hari semakin panas apabila pihak SPRM menahan Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantu siasatan berhubung kes melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian.


Menurut Harian Metro, penahanan Pengarah MBSA yang berusia 59 tahun itu dilakukan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Efxp8Hxvoaiyp4E

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya yang dihubungi mengesahkan tangkapan ini namun enggan mengulas lanjut tentang isu tersebut.

Semalam, 3 penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan tidak berlesen termasuk pusat perjudian di sekitar Sungai Buloh.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, kira-kira 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan.

Baca: “Goodjob SPRM” – Jumpa RM6,000 Dalam Ofis, Ketua Balai & Pegawai Polis Ditahan SPRM

Sprm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.