in

[TERKINI] KPN Dapati Dakwaan Asri Janggut Tentang Polis Sg Buloh Terima Rasuah Dari ‘Tokey’ Judi Tidak Tepat

Asri Sg Buloh

Bukit Aman telah mengenal pasti beberapa fakta yang tidak tepat tentang dakwaan Asri Janggut berkenaan kegiatan perjudian serta penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, lapor Malaysia Gazzette.

Judi

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid, selepas menyiasat dan meneliti laporan akhir yang diterimanya daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) minggu lalu, beliau mendapati tiada sebarang laporan membuktikan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh terlibat atau unsur salah laku dalam kegiatan tersebut seperti dakwaan dalam sebuah video yang ditularkan pengasas Hot Burger Malaysia, Ogos lepas.

“Ya saya telah menerima laporan itu daripada pengarah JIPS Bukit Aman dan telah menelitinya…saya mendapati beberapa perkara yang dibangkitkan dalam video tular itu kurang tepat.”

“Lagipun penguatkuasaan kegiatan judi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dilakukan dengan giatnya, namun ada beberapa kelemahan dikenal pasti dalam kalangan pegawai dan anggota bawah namun ia bukan kelemahan besar.”

Judi 1

“Cuma berlaku kelemahan dari segi tindakan susulan yang didapati kurang mantap dalam mencegah judi haram sedangkan sebanyak 400 premis diserbu dan diambil tindakan tahun lepas serta ditambah 120 lagi tindakan tahun ini.”

“Tetapi ia akan dapat ditangani nanti secara berkesan tanpa masalah, lagipun ia bukan isu besar satu IPD berkenaan ‘korup’..tidak..”

 

Tiada anggota, pegawai yang diberi rasuah

Selain itu beliau turut berkata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh (OCPD), Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menjalankan peranannya dengan baik dan JIPS berpuas hati dengan hasil siasatan dan mendapati tiada anggota serta pegawai yang hidup mewah, memiliki kekayaan luar biasa mahu pun diberikan ganjaran atau rasuah.

Hamid

“Saya juga ambil kira beberapa kesulitan warga PDRM di Sungai Buloh antaranya bangunan pejabat di situ bertaraf balai dan kerja dalam serba kekurangan terutama membabitkan tempat kediaman.”

“Hanya 11 pegawai dapat menduduki kuarters kediaman di kawasan berkenaan manakala yang lain bertabur di merata-rata tempat. Saya sangat memahami kekangan yang dihadapi anak buah saya dan akan jalankan siasatan seadilnya.”

“Anak buah saya juga runtuh semangat selepas mereka dicaci dan dimaki hamun dalam media sosial sejak penularan video itu, ada ramai lagi pegawai dan anggota yang kerja jujur maka saya perlu mengembalikan semula semangat mereka untuk terus berkhidmat dan memperbaiki mutu tugas mereka.”

Baca: Dakwaan Asri Janggut Mengenai ‘Polis Tak Solat’ Keterlaluan! – KPN

D1

Sumber: Edisi9
Sumber: Blog
Sumber: ISMAWeb