in

Video Judi Sg Buloh: Wakil Rakyat Minta Polis Siasat Isu Diadukan, Bukan Siasat Pengadu

Janggut Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan pendedahan berani mati seorang penjual burger melalui Facebook live berkenaan isu judi dan rokok seludup di Sungai Buloh, seorang wakil rakyat hari ini meminta PDRM untuk memberi perhatian kepada isu yang dikemukan pengadu mengenai salah laku dan bukannya menyiasat pemberi maklumat. 


Menurut Berita Harian, Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) telah membangkitkan isu tersebut untuk mengulas dakwaan video tular daripada individu yang dikenali sebagai ‘Asri Janggut’ semalam.

“Berdasarkan kenyataan PDRM semalam, Asri Janggut akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tindakan sedemikian jika tidak diurus dengan baik boleh menghakis kredibiliti pihak berkuasa, mengurangkan keyakinan orang ramai untuk berkongsi maklumat kepada PDRM serta menghukum pemberi maklumat, sedangkan penjenayah sebenar masih bebas dengan kegiatan haram,” katanya.

Akmal Nasir
Akmal nasir

 

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, isu berkaitan Asri Janggut ini wajar dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

“Saya nampak isu ini sepatutnya dibawa ke Parlimen sebab ia membabitkan (integriti) penguat kuasa.

“Kena jaga nama baik PDRM. Jadi saya rasa sepatutnya Menteri yang berkenaan boleh menjelaskan atau pun menjernihkan keadaan itu dengan celahan atau penerangan di Parlimen.

“Untuk peringkat kami (pembangkang), kita akan cuba selitkan dalam sesi perbahasan nanti sebab esok ada Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan, mungkin kita cuba sebut (mencelah),” tambahnya lagi.

Asri

Sehubungan dengan itu, Akmal juga meminta supaya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dikaji semula dan ditambah baik.

Ini termasuklah ruang perkongsian maklumat yang lebih terbuka dan telus serta pemberi maklumat tu juga dapat dilindungi daripada tindakan undang-undang akibat maklumat yang didedahkannya.

Harapnya isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik. 

Baca: Viral Video Judi di Sg Buloh, PDRM Buat Laporan Polis Pada Peniaga Burger, Bimbang Timbul Fitnah & Rosak Imej PDRM

Polis Vs Asri 1

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.