in

“Hilang nervous pengantin” – [VIDEO] Kain Samping Rombongan Pengantin Terlondeh Buat Netizen Terbahak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila masuk hujung tahun ni, makin banyaklah orang yang menamatkan zaman bujang. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada pasangan yang bernikah.


Cakap pasal nikah ni, admin ada satu video yang viral kat Twitter pasal rombongan kahwin. Salah seorang dulang boys yang ditugaskan untuk bersama pengantin mengalami wardrobe malfunction. Nak tengok apa yang sebenarnya terjadi? Korang boleh tengok video @naffyboy kat bawah ni.

 

Hilang nervous pengantin

Hadoi laaa.. admin gelak sampai sakit perut tengok video ni. Mungkin tak cukup ketat kot ikat samping tu, sebab tu terlondeh. Sorry lah admin gelak tengok wardrobe malfunction ni. Tapi memang serius lawak!

Itulah, tepat-tepat kena kat brader yang bawak dulang tu. Nasib baik belum masuk rumah lagi. Kalau kat dalam rumah tu, tak tahu nak sorok muka kat mana. 

Kalau seluar tu memang malu besar weh. Nak pulak masuk video kan. Nanti pengantin tengok video tu balik memang malu gila.

Bukan admin sorang ja gelak. Ramai lagi netizen yang lain gelak sekali. Hadoii.. memang terhibur tatkala weekend ni.

 

Baca: “Tak ikut SOP” – Ibu & Adik Meninggal, 30 Tetamu Positif Covid-19 Lepas Pengantin Buat Majlis Resepsi Besar-besaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.