“Hilang lepas pergi rumah anak” – Lepas 7 Hari Hilang, Wanita Berusia 76 Tahun Dijumpai Mati Dalam Longkang Tertutup

Pada Khamis lepas (28 Mei), seorang warga emas telah dilaporkan hilang selepas melawat anaknya di Taman Putra Indah, Serdang. Menurut laporan, ahli keluarga telah cuba mencarinya namun gagal menemui Lim Sai Lung.
Selepas tujuh hari usaha mencarinya dijalankan, semalam (5 Jun) wanita berusia 76 tahun itu dijumpai mati di dalam longkang bersebelahan dengan sebuah apartmen di Serdang Jaya.

Difahamkan, penduduk apartmen itu mengadu tentang bau busuk datang dari longkang itu sejak 3 hari lepas. Namun, mereka tidak syak bahawa bau itu adalah bau mayat kerana longkang tersebut tertutup.
Ketika dalam usaha mencari, mereka yang terlibat cuba menjejaki bau tersebut dan intai dari lubang kecil di mana mereka cuba suluh lampu dan ternampak kelibat tangan.
Selepas penutup longkang itu dibuka, mereka menjumpai mayat yang kemudiannya disahkan adalah Lim. Keluarganya juga dikatakan turut berada di lokasi kejadian.


Menurut keluarga, mayat mangsa dijumpai kurang 100 meter dari rumah dan mereka turut menjumpai kasut mangsa di kawasan berdekatan.




