“Hikmahnya Pak Ya dan isteri ditaja ke Makkah oleh Lan” – Lan Pet Pet dan Pak Ya Akhirnya Bermaaf-Maafan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau sebelum ni, kecoh dengan isu Pak Ya ingin menyaman Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad akibat insiden pukul tempoh hari, nampak kisah pergaduhan dua individu ni telah sampai ke penghujungnya.

Semalam, pelawak tersebut telah bersemuka dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap selama dua jam di sebuah premis untuk meleraikan masalah yang berlaku di antara mereka berdua, lapor Berita Harian.

 

“Saya maafkan Lan… ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya” 

Pertemuan yang disaksikan keluarga dan sahabat handai dari dua pihak ini telah menyaksikan Lan membuat permohonan maaf kepada Pak Ya dan perkara ini sekaligus membuka hati pengawal keselamatan tersebut untuk menerimanya.

“Saya maafkan Lan (Mazlan)… Ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.

“Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya.

Sumber: BH

 

Pak Ya kasihan reputasi dan kerjaya Lan tercalar disebabkan insiden lepas

Malah pada masa yang sama, Pak Ya juga akui dia kesian dengan Mazlan yang sudah tercalar reputasi dan kariernya selepas berlaku insiden tersebut.

Oleh sebab itulah Pak Ya memaafkannya dengan ikhlas dan menghormati tindakan Lan yang sanggup bersemuka untuk meminta maaf. Baguslah macam tu kan…

“Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula.

“Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu,” katanya.

Sumber: Instagram

 

“Berminggu-minggu fikiran saya runsing dan tidak senang hati selagi tidak bersemuka dengan Pak Ya sekeluarga” 

Pada masa yang sama, Mazlan juga bersyukur Pak Ya memaafkan dirinya dan melayan dia serta keluarga dengan baik pada pertemuan tersebut.

“Berminggu-minggu fikiran saya runsing dan tidak senang hati selagi tidak bersemuka dengan Pak Ya dan keluarga.

“Saya mengambil sedikit masa untuk mengatur pertemuan ini. Saya perlu mencari nombor telefon dan memastikan Pak Ya bersetuju untuk bersemuka.

“Saya berterima kasih pada Pak Ya dan keluarga yang menerima pelawaan untuk bertemu.

“Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi apabila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum,” katanya.

Sumber: BH

Lebih menyentuh hati Mazlan berkata, dia akan ingat pesanan Pak Ya dan tidak akan mengulangi kesilapannya lagi. Mazlan juga berjanji akan membawa Pak Ya dan isteri untuk menunaikan umrah di Makkah tak lama lagi. Alhamdulillah rezeki Pak Ya!

“Walaupun pada pertemuan ini, air mata tidak menitis, tetapi hati saya menangis tiada siapa tahu.

“Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah,” katanya.

 

“Pakcik tu dah maafkan Lan dengan hati terbuka, yang korang menyalak tak puas hati lagi kenapa?” 

Sungguhpun isu ni bagi admin dah selesai, nampaknya netizen kat luar sana macam tak puas hati pulak dengan berita baik tersebut. Min pun tak fahamlah dengan apa yang netizen nak sebenarnya ni.

Okaylah tu dorang dah berbaik-baik semula. Kita doa yang elok-elok jelah. Takkan nak tolak permohonan maaf orang pulak kan. 

Sumber: Facebook

Syukurlah mereka dah berbaik-baik. Min rasa macam nak raya pulak bila ramai bermaaf-maafan ni. 

Baca: “Kalau tak berduit jangan la nak saman orang” – Netizen Dah Naik Meluat Dengan Pakcik Guard Ni

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!