in

‘Highway’ Dijangka Penuh Dengan Kenderaan Sempena Maulidur Rasul, PLUS Beri Tips Hadapi ‘Jam’

Plus Dijangka Sesak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali cuti umum, lebuh raya dijangka sesak kerana rakyat akan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman.


Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) setiap hari bermula Jumaat ini sehingga Isnin sempena cuti Maulidur Rasul.

Menurut sumber, Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, jumlah itu merupakan penambahan daripada 1.7 juta kenderaan sehari berbanding hari biasa.

“Sebelum memasuki lebuh raya, pelanggan dinasihatkan untuk menambah nilai kad Touch n GO dan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan RFID) dengan baki yang mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, PLUS menggesa pengguna jalan raya agar merancang perjalanan untuk menghadap ‘jam’  yang bakal berlaku.

Pexels Mikechie Esparagoza 1600757

Dinasihatkan supaya pengguna lebuh raya membuat persediaan sebelum meneruskan perjalanan pada hujung minggu itu.

“Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan akibat lonjakan trafik tersebut,” ujarnya.

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan agar memuat turun aplikasi PLUS, bagi memudahkan untuk merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini.

Sebagai alternatif, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan info trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-000 ataupun Chatbot PUTRI dan papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

Baca : Lebuhraya Bertingkat SUKE Fasa 1 Dibuka Hari Ini, Pengguna Jalan Akan Dapat Toll Free

Ft Tolfree Di Highway Suke 728X383 1

Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.