“Highly not recommended!” – Gadis Berang Homestay Cancel 1 Jam Sebelum Masuk

Tambah ke Sumber Pilihan
“Highly not recommended!” – Gadis Berang Homestay Cancel 1 Jam Sebelum Masuk

Masalah tentang penyewa yang sering merosakkan rumah sewa mereka sering terjadi sejak kebelakangan ini. Tidak kira di mana dan siapa penyewanya, pasti rumah yang ditinggalkan itu berada dalam keadaan yang sangat teruk. Jarang sekali untuk kita dengar masalah yang berkait dengan homestay, namun baru-baru ini terdapat satu luahan tentang ketidakpuashatian gadis ini terhadap pekerja di situ.

Menurut Insyirah Hamir melalui Facebooknya, dia tidak berpuas hati dengan layanan pekerja homestay yang terletak di Melaka itu, kerana dengan sesuka hatinya membatalkan tempahan yang sudah dibuat sejak 2 bulan yang lepas. Katanya dia telah menempah homestay tersebut pada 10 Disember 2017 dengan pembayaran penuh sebanyak RM288.40.


Whatsapp Image 2017 12 30 At 8.22.11 Pm
Sumber: Masbro Village

Namun selepas dia sampai di homestay tersebut, pekerja di sana tidak membenarkan mereka memasuki rumah tersebut.

“Tapi bila kami sampai tadi untuk check in tiba-tiba staff dekat situ (dengan muka kerek) cakap dekat kami tak boleh turun bawah, situ cuma untuk customer je”

Katanya lagi, pekerja di situ sudah memaklumkan kepada mereka melalui call namun dia tidak menerima apa-apa panggilan daripada homestay berkenaan. Selepas Insyirah menunjukkan bukti bahawa dia sudah membuat pembayaran, pekerja di situ memberitahu bahawa pihak mereka telah email dua hari lepas untuk memaklumkan bahawa rumah di situ sudah penuh.

27331863 1639606412753015 7981280983806366660 N
Sumber: Facebook

“Email diterima sejam yang lepas, yang dua hari tu memang tak ada terima email. Mau kencing ka?”

Insyirah juga turut menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati kerana mereka memaklumkan tentang pembatalan tersebut setelah mereka tiba di lokasi, sedangkan dia sudah booking sejak bulan 12 yang lepas.

“Masalah sistem kita kat KL dah tendang booking. Booking korang masuk  tapi rumah dah full masa tu,” kata pekerja di situ.

“Tak sekarang ni kenapa dia tak inform awal? Kalau booking tendang kenapa tak email masa aku booking tu, dia email sejam sebelum kami nak check in!!”

27336751 1639606376086352 2709330630474602481 N
Sumber: Facebook

Insyirah turut menghubungi pemilik homestay berkenaan namun tiada apa-apa penerangan daripada pihak mereka. Difahamkan Insyirah sudah menerima semula wangnya namun disebabkan kejadian berkenaan, dia perlu menghabiskan banyak masa untuk mencari homestay lain memandangkan kebanyakan homestay di sana sudah penuh.

27655055 1639606489419674 6541196645424713715 N
Sumber: Facebook

Perkongsian ini rata-ratanya mendapat kritikan daripada netizen dek kerana sikap pekerja di situ.

“Kepala b*na dia lah. Staff kurang ajar satu hal. Owner pun macam h*ram jad*h”

“Teruknya.. Menyusahkan orang!”

“Macam ni pun ada ke? Buat malu orang melakau h*wau je”

Eh eh orang dah sampai baru nak cancel booking! Tak patut! 

Baca: Pemilik Homestay Ipoh Pasang CCTV Dalam Tandas, Rakam Aksi Tetamu Bogel Ketika Mandi

Capture 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Zarith Sofea
Lagi tulisan Zarith
Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Highly not recommended!” – Gadis Berang Homestay Cancel 1 Jam Sebelum Masuk
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/highly-not-recommended-gadis-berang-homestay-cancel-1-jam-sebelum-masuk/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM