in

“Hebatnya!” – Pelajar Malaysia Diiktiraf Dunia, Cipta Beg Mini Daripada Kulit Buah

Ft Limau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kreativiti kitar semula barangan terbuang merupakan salah satu sumbangan kita dalam memelihara alam sekitar selain dapat mengurangkan bahan buangan dan mengurangkan pembaziran penggunaan sumber semulajadi.


Sama dengan cerita kalini. Siapa sangka material beg mini ciptaan seorang pelajar universiti yang digunakan untuk membalut set produk kecantikan diperbuat daripada kulit limau. Macam tak percaya bukan.

Sampah

“Tapi macam mana?”

Produk material bio-leather yang diciptakan oleh pelajar Malaysia, Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah itu telah menggunakan sepenuhnya kulit-kulit buah sitrus terutamanya kulit buah limau nipis dan bahan semula jadi lain, bukan sahaja dapat memelihara alam tapi menjadi bahan bungkusan barangan menggantikan plastik.

Inovasi pelajar Universiti Sains Malaysia itu masih berapa pada peringkat kajian awal, tetapi telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan memenangi tempat kedua dalam pertandingan reka bentuk James Dyson Awards 2021 baru-baru ini.

Sampah E1630552556566

Gadis yang berusia 24 tahun itu mendapat ilham apabila dia melihat lambakan sampah kulit buah-buahan di kafe dan restoran semasa menyiapkan projek semester sekitar tahun lepas. Lapor Bernama.

Berdasarkan projek yang dijalankan, Menlin Ng menggunakan kira-kira 30 kulit limau purut bagi menghasilkan dua helai material beg mini berukuran 20 sentimeter panjang dan lebar. Beliau berkata lagi, dia harus mencari bahan gam semula jadi iaitu daripada tepung ubi selain lilin lebah supaya ciptaannya tidak berkulat.

“Susah juga ye”

Berkenaan dengan cabaran utama, dia menghadapi masalah untuk pergi ke makmal susulan sekatan pergerakan dan penularan pandemik Covid-19. Dalam tempoh itu juga dia tidak dapat bersemuka dengan penyelia projek.

Pelajar jurusan Reka Bentuk Produk itu juga berharap inovasi yang berada pada peringkat penyelidikan awal itu dapat dikembangkan dan dimanfaatkan di peringkat profesional selain membuka jalan dalam penghasilan produk mesra alam.

Min harap usaha ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh negara supaya alam sekitar dapat dijaga dengan baik.

Baca: Ramesh Babu Si Tukang Gunting Jutawan Yang Miliki Ratusan Kereta Mewah Termasuk Rolls Royce

Capture 1 E1630552938138

Sumber: Bernama
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.