in

Ramesh Babu : Si Tukang Gunting Jutawan Yang Miliki Ratusan Kereta Mewah Termasuk Rolls Royce

Ramesh Babu Jutawan Tukang Gunting Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan semua bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang senang, sekiranya korang merasakan diri korang susah, percayalah, ada insan diluar sana yang lagi susah dari korang. Namun, kesusahan atau kesempitan hidup ini jangan dijadikan alasan untuk bermalas-malasan.


Sebaliknya, apa yang kita kena lakukan adalah cuba sehabis baik untuk menaik taraf kehidupan diri dan keluarga. Ingat, sekiranya kita berusaha, kita akan dapat hasilnya.

Sama jugak kisahnya dengan Ramesh Babu, si tukang gunting yang berasal dari sebuah keluarga yang susah di India yang kini bergelar jutawan dan kisahnya sangat terkenal di Bangalore dan diberikan jolokan ‘Billionaire Barber’.

Kereta Mewah Ramesh Babu

Tidak seperti jutawan yang ada pada generasi sekarang, kisah Ramesh Babu ini wajar dijadikan contoh dan inspirasi oleh semua. Mana tidaknya, dia tidak dilahirkan dalam keluarga senang mahupun mewarisi harta peninggalan keluarga bapanya hanyalah seorang tukang gunting di Bangalore dan dia telah meninggal dunia dengan tidak meninggalkan apa-apa wang simpanan kepada isteri dan 3 orang anaknya melainkan sebuah kedai gunting rambut kecil di Bengaluru.

Kematian mengejut P.Gopal telah membuatkan isterinya sedih selain terpaksa menyara 3 orang anaknya termasuk Ramesh yang berusia 7 tahun ketika itu tanpa sebarang wang simpanan. Dia kemudian bekerja sebagai pembantu rumah dan menerima sebanyak Rs 40 hingga Rs 50 (RM2.80) sebulan.

Walaupun begitu, setelah meningkat ke usia awal remaja, Ramesh melakukan pelbagai kerja bagi membantu ibunya menyara keluarga, antaranya sebagai penghantar surat khabar, membuat penghantaran susu ke rumah dan lain-lain pekerjaan yang sesuai dengan umurnya yang memasuki 13 tahun tersebut tanpa mengetepikan pelajaran.

“Belajar sampai tahap 10, kemudian jadi tukang gunting”

Atas faktor kewangan keluarga, Ramesh tidak melanjutkan pelajaran dan ketika itu membuat keputusan untuk menyambung perniagaan gunting rambut milik mendiang bapanya yang terletak di dalam sebuah pusat beli belah berdekatan sekolahnya.

Ramesh Babu

Kedainya menjadi tarikan ramai dan mulai dari situ, Ramesh mula mengorak langkah dengan membeli kenderaan pertamanya iaitu sebuah van dengan hasil simpanannya. Disebabkan van tersebut jarang digunakan kerana dia terlalu sibuk di kedai gunting, van tersebut sering disewakan.

Disinilah titik mulanya dia sedar bahawa ada permintaan bagi kenderaan sewa di kawasannya dan dengan hanya sebuah van, dan kerjayanya sebagai tukang gunting, mendapatkan pelanggan bukanlah suatu yang sukar.

Billionaire Barber Ramesh Babu Bangalore

Satu demi satu kenderaan dibeli dan dikumpulkan oleh Ramesh untuk tujuan disewakan. Apa yang menarik, dia bukan tawarkan kereta sewa biasa, tetapi lebih menumpukan sewaan kereta mewah!

Bermula dari 1990, kini Ramesh miliki sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan ratusan jenis kereta termasuklah kereta mewah untuk disewa berpangkalan di Bengaluru. Difahamkan, dari sebuah van, kini si tukang gunting ini mempunyai lebih dari 400 kenderaan selain turut menawarkan sewaan kereta mewah beserta pemandu.

Rolls Roys Ramesh Babu

Antara kenderaan mewah yang ada dalam senarai kereta miliknya termasuklah Rolls-Royce Silver Ghost, Mercedes C, E and S class dan BMW 5, 6 and 7 series! Kalau tengok website syarikat dia sekarang, Rolls Royce tu disewakan dengan kadar RM530 untuk sejam.

Walaupun berstatus jutawan, Ramesh tidak mahu melupakan asal usulnya dan biasanya akan menghabiskan masa 5 jam menggunting rambut pelanggannya.

Fuh, memang boleh jadikan inspirasi! Kalau orang Malaysia ni, pakai BMW bayar tak habis lagi pun dah belagak. 

Baca : Elon Musk Jatuh Tangga Ke-2, Pengasas Amazon Dinamakan Sebagai Individu Terkaya Dunia

Elon Musk Individu Terkaya 1

 

 

Sumber: Indian Auto
Sumber: India Times
Sumber: Nazgoz
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.