in

Hati-hati! Diekori Lelaki Di Tempat Letak Kereta One Utama

Parking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tempat letak kereta dekat mall ni sebenarnya tempat yang admin rasa paling banyak potensi nak kena samun, culik, dan macam-macam lagi la. Kalau tengok dalam movie or drama-drama dekat tv tu selalu diaorang buat scene culik or kena ugut dekat parking kereta. Eee… Admin pun seram kalau dekat parking kereta sorang-sorang.

Berjalan seorang diri dekat parking lot


Baru-baru ni seorang netizen telah berkongsi pengalamannya di Facebook, seorang diri berjalan di parking lot One Utama dan diekori seorang lelaki yang tak dikenali. Masa dia tengah jalan nak pergi dekat kereta dia  tu, dia macam perasan ada lelaki ni tengah ikut dia.

 

Bila wanita ni jalan slow, lelaki ni pun slow

Lelaki tu pakai jacket dan macam tengah pegang bungkusan. Lagi mencurigakan bila, wanita ni jalan slow, lelaki ni pun slow kan langkah dia dan cuba untuk tengok kat mana kereta wanita tu. Eee.. Seramnya!

Capture 20181103 112127
Sumber: Facebook

Wanita ni pura-pura macam tak pergi dekat kereta dia dan terus pusing balik ke arah kereta dia dan terus cepat-cepat masuk dalam kereta. Sejurus dia masuk dalam kereta tu, terus dia kunci kereta. Fuhh nasib baik!

 

Try nak buka pintu penumpang

Katanya, nasib baik masa tu ada sebuah kereta tengah reverse berdekatan dengan kereta dia dan melengahkan langakah lelaki yang ikut dia tadi. Lelaki yang ikut wanita tu tadi terus jalan dekat sebelah pintu penumpang kereta dan try nak buka pintu tu. Lelaki tu terkejut sebab pintu kereta tu berkunci dan terus beredar lepas dah tak dapat nak buka.

51C2
Sumber: Google

 

Bersyukur kerana tak main phone

Wanita tu rasa bersyukur juga sebab dia tak main phone masa tu dan ada kereta lain juga dekat tempat kejadian yang buatkan dia sempat masuk dan kunci terus keretanya. Kene sentiasa alert tau! Benda yang macam ni la yang kita selalu leka dan tak perasan. Lagi-lagi dekat tempat parking yang sunyi.

So sesiapa pun, lelaki ke perempuan ke, hati-hati ok. Malang tak berbau kalau kita tak berjaga-jaga!

 

Baca: Lepas Viral Belasah Penjaga Parking ‘Datuk’ Ini Berdamai & Belanja Makan

Datokberdamai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.