Lepas Viral Belasah Penjaga Parking ‘Datuk’ Ini Berdamai & Belanja Makan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Semalam, sebuah video seorang lelaki yang dipercayai berpangkat Datuk menyerang penjaga parking menjadi viral di media sosial.

Kes itu dipercayai hanya disebabkan salah faham dimana penjaga berkenaan enggan membuka palang kerana lelaki tersebut tak buat bayaran.

Terbaru, ada video menunjukkan mereka berdua telah bersemuka secara baik dan telah berdamai.

“Saya  tak ada dendam dengan you, you pun tak ada dendam dengan, kita berkawan.”

Menerusi Facebook, mereka berdua duduk bersama-sama di sebuah restoran dan berbincang mengenai perihal isu terbabit sambil belanja penjaga parking itu makan memandangkan ia menjadi viral.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 24 saat itu, penjaga parking menjelaskan bahawa selepas insiden dia diserang oleh Datuk tu, dia cuba untuk bersemuka dengan beliau untuk meminta maaf tetapi tidak berkesempatan.

Tambah pengawal itu lagi, dia tak mahu isu ini diperbesarkan. Mereka kemudiannya bersalam-salaman. Hmm, baguslah kalau masing-masing sedar dan berdamai, bagus juga media sosial ni, bak kata netizen, ini semua disebabkan kuasa viral.

 

Kuasa Viral

Sumber : Facebook

Disebalik ‘kuasa viral’ tu, ada macam-macam tanggapan netizen berikan. Ada yang kata ‘wayang’, ada yang kata Datuk tu takut, ada yang kata hipokrit.

Benar atau tidak biarlah antara mereka sahaja yang selesaikannya. Apa pun, lebih elok kalau berdamai macam ni.

Baca : Dia Tak Bayar, Dia Pula Nak Mengamuk…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.