Masih ingat dengan i-Lestari? Of courselah kan!
Pada penghujung Mac, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pencarum KWSP diberikan kemudahan pengeluaran i-Lestari.
Seramai 12 juta ahli KWSP dijangka akan dapat manfaat daripada inisiatif ini dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, ramai rakyat telah buat permohonan pada awal April lepas.
Seperti yang tertera ketika pemohon buat permohonan, kebanyakannya dimaklumkan akan menerima wang tersebut pada 4 Mei 2020.
Namun, melalui Twitter kecoh dalam kalangan netizen apabila masing-masing dapat tahu wang tersebut tidak diperoleh pada awal Mei seperti dijanjikan.
Pembayaran EPF pun dah postpone. Dari 4 Mei, dah tukar ke 13hb Mei dan ada jugak 19hb Mei.
Harap2 jangan cancel terus la pulak.
😥😥😥— 馬索菲 (@mattsofi) May 3, 2020
Ramai check, dapat lambat lagi
Melalui thread di Twitter tu, ramai yang tunjuk screenshot makluman daripada KWSP lepas mereka check status i-Lestari masing-masing.
Ada yang dapat 13 Mei, ada yang dapat 19 Mei, 20 Mei dan masing-masing berbeza tarikh. Seorang netizen berkata sebelum ini status permohonan i-Lestari diluluskan tapi bila check hari ini lain pula yang tertera.
2 minggu lalu,permohonan saya diluluskan. Hari ni pula, permohonan tidak diterima.”
“Jangan cakap EPF takde duit”
Beberapa netizen meluahkan rasa ‘tidak sedap hati’ dan berkata mereka berharap semua ini bukanlah harapan palsu semata-mata. Mana tidaknya, ramai dah mohon dan menunggu wang tersebut masuk dalam akaun masing-masing.
Tapi ada juga yang cakap menurut KWSP mereka maklumkan duit akan diberikan ‘mulai’ 4 Mei bukan ‘pada’ 4 Mei so mungkin disalah ertikan.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat! Korang dah check belum?