“Hari ini ayah ‘last’ kerja”
Itu merupakan lafaz terakhir yang diucapkan Lans Korperal Mohamad Johari Rosli, 32 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, Johor sebelum maut dalam kejadian di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang awal pagi semalam.
Mengikut cerita balu allahyarham, Norhafiza fazil, 28 tahun, kata-kata terakhir suaminya itu diucapkan sebab nak memujuk anak lelaki mereka berusia 4 tahun yang merajuk sebab suaminya nak keluar bekerja pada malam sebelum hari kejadian, lapor Sinar.
Katanya suaminya mula bertugas pada pukul 12 malam hingga 6 pagi, so memang dah jadi kebiasaannya kalau dia kerja malam, anak-anak akan tidur lambat untuk bermain dengan suaminya itu.
Jadi sebelum keluar dari rumah, anak saya ada merajuk sebab suami mahu keluar bekerja, jadi itu yang dia kata malam ini sahaja dia ‘last’ bekerja dan berjanji untuk bawa anak saya keluar gunting rambut esoknya”.
Namun kejadian pelik berlaku, bila kira-kira pukul 2 pagi, anak sulung mereka tiba-tiba terjaga dan kelihatan takut tanpa beritahu sebab.
“Anak saya tiba-tiba datang kata dirinya takut, saya tenangkan dia dan kami kembali tidur sebelum saya bangun semula pada pukul 6 pagi untuk solat subuh.”
Selesai solat subuh, Norhafiza memaklumkan yang dia menerima pesanan ringkas dari rakan-rakan yang juga isteri kepada anggota, namun mereka tidak maklumkan yang suami sudah tiada cuma cara bertanya khabar itu membuatkan Norhafiza tidak sedap hati.
Rupanya apa yang dirasainya betul, apabila sejam selepas itu dia dan keluarga didatangi 2 anggota dan mamklumkan yang suaminya terlibat dalam kemalangan, sebelum dia diminta pergi ke Pusat Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail.
“Dalam perjalanan ke sana pun saya terima panggilan daripada bapa mertua suruh saya bersabar, dari itu fikiran saya memang dah tak menentu, memang dah fikir bukan-bukan sehinggalah dimaklumkan suami saya sudah tiada.”
Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, allahyarham dan rakan setugasnya, Lans Korporal Saifullah Mohammad, 32 tahun maut di tempat kejadian selepas dirempuh lori ketika sedang mengemas selepas melakukan sekatan jalan raya di laluan tersebut.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu, Muhammad Haziq Hakimi, 4 tahun, Nur Hassya Adrina, 3 tahun dan Nur Hanna Aleesya, 11 bulan.
Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham.
Baca : Terkulai sebelah plug- [VIDEO] Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Masa Tidur