in

“Harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya” – Puteri Sarah

Ft Puteri Sarah Lepaskan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon, Puteri Sarah berharap konflik rumah tanggannya bersama suami, Syamsul Yusof akan mendapat kata putus pada 7 Mac ini.

Walaupun, tarikh sebutan kes tersebut adalah sehari sebelum anniversary pasangan itu, Sarah menjelaskan bahawa dia tidak lagi peduli tentang perkara tersebut dan benar-benar mahu dilepaskan secara baik oleh suaminya itu.


“Anniversary saya 8 Mac tapi dah tak rasa apa-apa, tetapi untuk sebutan kes di mahkamah saya mengharapkan saya dilepaskan supaya saya boleh move on,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata bahawa dia sudah pun melakukan solat istikarah ketika menunaikan umrah di Tanah Suci baru-baru ini dan yakin dengan keputusan yang dibuatnya.

https://www.instagram.com/p/CoRAJDqLed4/

Selain itu, Sarah turut memberitahu mengenai keputusan untuk minta dilepaskan oleh suami sudah pun dia maklumkan kepada pihak keluarga mentuanya dan dia juga akan mengekalkan hubungan yang baik terhadap mentuanya itu.

“Keputusan saya minta dilepaskan juga mereka sudah sedia maklum. Walaupun agak berat untuk mereka terima tetapi saya beritahu insya-Allah ia tidak akan menjejaskan hubungan kami. Saya masih akan datang melawat mereka di rumah,” jelas Sarah.

Bercakap tentang hak penjagaan anak, Sarah memberitahu dia akan berbincang mengenai hal itu bersama penguam Syamsul apabila tiba masanya.

Screenshot 2023 03 01 142348

Kes permohonan cerai antara Sarah dan Syamsul bakal berlangsung pada 7 Mac ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada Januari lalu, Syamsul akhirnya telah mengaku bahawa sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa telah menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Puteri Sarah, lapor Gempak.

Semoga baik-baik sahaja buat kedua pihak ini… Kita nantikan berita selanjutnya nanti..

Sumber: mStar, Gempak

Baca  : “Bring it on!” – Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof Upah Peguam Untuk ‘Back Up’ Ira Kazar?

Ft Puteri Sarah Tak Kisah Syamsul Yusof Ambil Peguam 1 728X383 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.