in

“Haram lah woi!” – Makcik Beli Barang Dapur, Syok Je Bayar Pakai ‘Paywave’ Rupa-rupanya Dia Curi!

Makcik Swipe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita kerugian RM1,000 lepas kehilangan beg dompet dia akibat tercicir ketika berada di sekitar Bangsar. Menurut Zetty Rahman, dia cuba cari merata-rata dompet tu dan bila hubungi bank, rupa-rupanya baki kedua-dua akaun bank dia dah berkurang!


Lepas check online dia dapat tahu ada seseorang menggunakan dua kad bank dia untuk swipe di dua tempat berbeza tetapi kedua-duanya adalah pasar raya.

Dia kemudian diberi salinan rakaman CCTV oleh pengurus Rosyam Mart dan terkejut melihat seorang makcik selamba menggunakan dua kad bank untuk ‘paywave’ lepas beli barang dapur.

Makcik1

Makcik2
sumber: mstar

Baca perkongsian Zetty di bawah,

“Aku mencari makcik ni. Isnin kelmarin wallet aku tercicir kat area PHD Bangsar. Mula-mula aku ingat tercicir dalam kereta. Aku cari merata-rata tak jumpa-jumpa dan time tengah nak call bank tahu tahu duit dalam dua dua akaun bank dah kurang.”

“Bila aku check online ada 3, 4 transaction dalam masa wallet aku hilang tu. Makcik, kau dah terjumpa wallet aku tu, kau ambil jela semua yang ada dalam tu.”

Makcik3
sumber: mstar

“Tapi kenapa kau mesti nak swipe dua dua kad bank aku tanpa rasa bersalah beli barang dapur kat Rosyam Mart Setiawangsa & Aeon Wangsa Maju? Tu duit simpanan kahwin aku makcik.”

“Yang aku sakit hati sangat video bawah ni dia seboleh-boleh nak cuba guna card aku tu sampai boleh untuk paywave beli barang dia.”

Zetty kemudian membuat laporan polis dan kini sedang dalam urusan untuk mendapatkan kad pengenalan, lesen dan kad bank baru menggantikan semua yang hilang tu.

Makcik4
sumber: mstar

Ramai netizen yang tengok video tu kecam makcik tersebut sebab mencuri dan guna pula untuk beli makanan. Dorang juga kecam dia sebab bagi contoh tak baik depan anak sendiri.

Tak rasa berdosa ke makan barangan hasil duit macam tu makcik? Jadi darah daging wooo…”

Makcik5
sumber: mstar

Tonton video rakaman CCTV tu dekat bawah:

Baca: “Miskin sangat ke sampai mencuri?” – Akibat Tumbuk Peniaga Roti, Lelaki Ini Terima Kecaman Netizen

6Bok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.