“Happy budak tu” – Guru Guna Bahasa Isyarat Untuk Anak Murid Istimewa Faham Raih Pujian

Tambah ke Sumber Pilihan
“Happy budak tu” – Guru Guna Bahasa Isyarat Untuk Anak Murid Istimewa Faham Raih Pujian

Pekerjaan sebagai seorang guru bukan sahaja mengajar anak murid, tetapi juga memastikan mereka berasa seronok untuk ke sekolah.

Tambahan pula, menjadi seorang guru pendidikan khas memerlukan lebih banyak pendekatan terhadap anak murid.


Tular di TikTok, memaparkan seorang guru wanita sedang menggunakan bahasa isyarat bagi membantu seorang murid istimewa untuk memahami ucapan yang sedang disampaikan dalam sebuah perhimpunan di sekolah.

Artikel berkaitan: “Muka pun segak” – Berbual Dengan Pengunjung Guna Bahasa Isyarat, Abang Bomba Terima Pujian Netizen

Artikel berkaitan: “Ini baru betul influencer” – Netizen Kagum Lihat Alif Satar Pandai Berbahasa Isyarat

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zinnirah Ajman, dapat dilihat murid lelaki OKU pendengaran memberi reaksi teruja melihat gurunya menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan mesej ucapan kepadanya.

“Suka anak muridnya”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan guru wanita ini kerana tetap mengambil kira kefahaman anak muridnya sekali gus memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu murid berkeperluan khas terpinggir.

Dalam pada itu, netizen juga berasa terharu melihat aksi guru dan pelajar istimewa ini selain mendoakan kesejahteraan buat para guru pendidikan khas.

Selain itu, ada juga beranggapan bahasa isyarat begitu unik kerana boleh berkomunikasi jarak jauh tanpa ada halangan.

Screenshot 2024 05 24 155114

Tengok gaya guru ni pun tahu dia memang ikhlas dan sayang pada anak muridnya.

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Happy budak tu” – Guru Guna Bahasa Isyarat Untuk Anak Murid Istimewa Faham Raih Pujian
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/happy-budak-tu-guru-guna-bahasa-isyarat-untuk-anak-murid-istimewa-faham-raih-pujian/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM