in

“Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung” – KJ

Fi Vaksin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, YB Khairy Jamaluddin memberitahu hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech sahaja sesuai diberikan kepada wanita mengandung yang berada dalam lingkungan 14-33 minggu usia kandungan.



Walau bagaimanapun, dua lagi vaksin iaitu Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan untuk ibu mengandung buat masa ini.

 

Sesuai untuk ibu menyusu

Vaksin 1

Menurut Menteri Sains, Teknologi & Inovasi ini juga, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan mengkoordinasi dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada golongan itu. Di samping, pengambilan vaksin ini juga boleh ditangguhkan selepas tempoh kehamilan.

Vaksin Pfizer-BioNTech ni juga sesuai untuk diberi kepada ibu menyusu, namun bagi dua vaksin yang lain Sinovac dan AstraZeneca pengesyorannya akan dibuat selepas mendapatkan konsultasi disebabkan data keselamatannya yang terhad lapor Sinar Harian.

“Ini merupakan panduan klinikal semasa yang dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai vaksin bagi golongan hamil dan menyusu, dan mereka dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sekiranya mempunyai keraguan berkaitan,” katanya.

Tambah KJ lagi, seramai 10.18 juta individu telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19. Lebih dari 1.2 juta orang telah menerima satu dos, manakala 733,237 orang lagi telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan vaksin yang telah diberikan adalah sebanyak 1,935,632 dos.

Diharapkan takda lagilah kekeliruan tentang vaksin mana yang sesuai untuk ibu mengandung. Take note korang!

 

Baca : “Fasa kedua Vaksin AstraZeneca untuk orang luar Lembah Klang akan diumum minggu depan” – KJ

Foot Vaksin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.