in

“Fasa kedua Vaksin AstraZeneca untuk orang luar Lembah Klang akan diumum minggu depan” – KJ

Fi Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lalu, tempahan slot atau booking terhadap suntikan vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada orang ramai dan ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.


Sambutan yang cukup menggalakkan ditunjuk oleh rakyat Malaysia apabila dalam masa beberapa jam saja, slot itu telah diisi penuh dan perkara itu dinyatakan di akaun Twitter Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Khairy Jamaludin.

 

Ada fasa dua….. Untuk orang luar Lembah Klang

Dalam postingnya semalam, beliau memberitahu bahawa pemberian vaksin AstraZeneca fasa dua akan menyusul dan akan lebih ramai golongan berusia yang mendapat vaksin tersebut.

Tambahnya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) akan memberitahu lebih lanjut perincian terhadap perkara itu.

Selain itu, beberapa kawasan baru bagi pemberian vaksin yang terletak luar dari Lembah Klang akan diberitahu pada minggu depan.

Sama-sama kita doa supaya usaha ini dapat mengekang penularan wabak Covid-19 ni dengan lebih berleluasa. Rindunya suasana sebelum ada Covid ni dulu hmmm.

Sumber : Twitter 

 

Baca : 268,000 Dos Vaksin AstraZeneca Untuk Penduduk Selangor & KL, Pendaftaran Mulai Esok

Foot Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.