in

“Hanya tuhan mampu balas” – ‘Berkat’ Viral Di Twitter 8 Tahun Lepas, Bekas Penghidap Jantung Berlubang Kini Dah Form 1

Jantungberlubang5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kuasa viral ni kita janganlah pandang pada satu sudut je, tak dinafikan banyak perkara negatif berlaku macam boikot, kecam dan sebagainya.

Namun begitu, ada juga sudut kebaikan dengan kuasa viral ini. Buktinya adik Safiah yang pernah diviralkan 8 tahun lepas kini dapat meneruskan kehidupannya seperti remaja biasa.


Alhamdulillah kini adik Safiah dah masuk tingkatan satu dah pun!

 

Kawan-kawan di twitter banyak bantu saya untuk bayar kos bedah jantung berlubang dia

Jantungberlubang
Sumber : twitter

Admin pula terharu bila ayah kepada Safiah, Zulfadzli kongsikan kegembiraan di Twitter melihat anaknya yang kian dewasa.

“Bangun saja tidur, hantar anak ke sekolah. Ini safiah form 1. Ketika berumur 5 tahun, kawan2 di twitter banyak bantu saya utk byr kos bedah jantung berlubang dia. Hutang yang hanya Tuhan mampu balas :)”

Manakan tidak, dulu sewaktu Safiah berumur 5 tahun, dia telah menghidap jantung berlubang. Harapan untuk sihat amatlah tipis jika tidak dirawat, sudah semestinya ia memerlukan kos yang bergitu mahal untuk sembuhkan.

Disebabkan itu, Zulfadzli kongsikan penderitaan yang anaknya hadapi untuk mendapatkan sumbangan derma kilat daripada netizen. Justeru, Safiah telah berjaya ‘diselamatkan’.

 

Safiah during her pre operation check up, 5 year old. How time flies.”

Jantungberlubang2
Sumber : twitter

 

Sebelum dan lepas operation. Kuat safiah ni”

Jantungberlubang3
Sumber : twitter

Sebelum dan lepas operation. Kuat safiah ni, dia cuma menangis bila doktor masukkan tiub kat leher, kalau setakat cabut gigi (utk avoid infection), inject, pasang IV, dia tahan

Rata-rata netizen turut menumbang gembira, inilah kuasa viral yang patut kita terapkan. Harap bagi sesiapa yang mampu sama-samalah kita bantu ya. Lets spread kindness!

 

Baca : Pakcik Kentang Offer Bantu Orang Sabah Sarawak Sakit Kanser

Kuan Chee Heng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.