in

Pakcik Kentang Offer Bantu Orang Sabah Sarawak Sakit Kanser

Kuan Chee Heng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja tak kenal dengan lelaki berhati mulia ini, Kuan Chee Heng atau turut dikenali sebagai Pakcik Kentang.


Sikapnya yang suka membantu mereka dalam kesusahan dan suka bersedekah menyebabkan ramai orang kagum dengannya.

Suka bantu golongan tak mampu

Aktivis masyarakat ini dikenali dengan usahanya membantu golongan tak berkemampuan.

Antaranya termasuk menyediakan bantuan perkhidmatan ambulans dengan harga cuma 10 sen, teksi 10 sen, perkhidmatan van jenazah RM1, sewa rumah RM1 sehari dan banyak lagi.

46426412 2336978022980620 1702414668359794688 O
sumber: facebook
46779154 2344539012224521 3323193299891650560 N
sumber: facebook

Khusus untuk pesakit kanser

Kali ini, Pakcik Kentang mencari penduduk Sabah Sarawak yang menghidapi kanser.

Katanya nak sediakan bantuan khidmat pengangkutan untuk ke Institut Kanser Negara atau tempat tinggal sementara menjalani rawatan.

Dan semuanya percuma!

Screenshot 2018 12 02 Kuan Chee Heng Sila Maklum Orang Sabah Dan Sarawak Percuma
sumber: facebook

Institut Kanser Negara adalah sebuah institusi perubatan kanser yang dibina khas untuk memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser.

Bgn
sumber: institut kanser negara

Antara jabatan dan rawatan yang disediakan di sini termasuk radioterapi dan onkologi, perubatan nuklear, perubatan paliatif serta rawatan sokongan.

Kira lengkaplah tempat untuk mendapatkan rawatan kanser di sini. Malah, institusi ni juga di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mulia hati awak, Uncle!

Wah, mulianya hati awak Uncle! Bertuahnya ada orang yang macam Uncle ni, dapatlah sedikit sebanyak membantu mereka yang nak dapatkan rawatan ni.

Semoga Tuhan merahmati awak, Pakcik Kentang.

Screenshot 2018 12 02 Kuan Chee Heng Sila Maklum Orang Sabah Dan Sarawak Percuma 1
sumber: facebook
Screenshot 2018 12 02 Kuan Chee Heng Sila Maklum Orang Sabah Dan Sarawak Percuma 2
sumber: facebook

Jadi apa tunggu lagi netizen? Gunakan kuasa anda untuk sebarkan maklumat ni kepada semua ahli keluarga dan sahabat kat luar sana.

Mesti ada mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan Pakcik Kentang. Mudah-mudahan, kita dapat bantu meringankan beban mereka.

Baca: 4 Aktivis Aktif Tolong Rakyat Ini Wajar Terima Pujian dan Jadi Inspirasi Buat Kita Semua

Aktivis

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.