in

“Hanya mengharapkan antibodi sendiri kuat untuk lawan virus” – Pemuda Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19 Selama 12 Hari

Combine T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari kes wabak Covid-19 ini semakin meningkat di seluruh negara. Namun kadar kes pesakit-pesakit yang dah sembuh juga turut meningkat. Ini merupakan salah satu khabar yang baik bagi rakyat Malaysia dan diharapkan kesemua pesakit-pesakit dapat sembuh daripada penyakit ini.


Oleh itu, salah satu daripada pesakit ini telah berkongsi bagaimana situasi dan keadaan di dalam hospital sewaktu dia dirawat selama 12 hari sebagai pesakit Covid-19.

Melalui posting @ZulafandiHaris di Twitter, dia telah disahkan positif Covid-19 pada 9 Mac dan terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. Pada awalnya, isterinya mula disahkan positif namun dia sebagai kontak rapat dengan isterinya turut membuat saringan dan turut disahkan positif.

L3

Covid-19 tak mempunyai ubat penawar, doktor just harapkan antibodi pesakit itu sendiri untuk lawan virus tu. Doktor hanya akan merawat simptom-simptom seperti demam, batuk dan sesak nafas.

Untuk bebas daripada virus ini, dia perlu dapatkan result negatif sebanyak dua kali berturut-turut. Ada je pada awalnya pesakit tu dapat result negatif namun bertukar positif untuk kali kedua.

Ujian saringan yang dibuat just drive thru dalam 10-15 minit. Ketika ini, dia belum lagi buat ujian saringan tu memandangkan dia tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit positif Covid-19.

L 2

Selepas dua hari, isterinya disahkan positif Covid-19 mereka segera kemas dan bersihkan rumah sebelum isterinya dijemput oleh ambulans untuk dihantar ke hospital.

L1

Setelah itu barulah dia membuat ujian saringan dan disahkan positif juga.

Sewaktu dirawat di wad hospital, dia melihat sendiri bagaimana frontliners bekerja 12 jam sehari dengan memakai sut PPE. Dia juga turut melihat macam mana cleaners membersihkan tempat tidur sekiranya ada pesakit yang dah discharge daripada hospital.

L4

Semua peralatan cepat-cepat dibersihkan termasuklah langsir pun akan ditukar.

Dia bersyukur sebab dapat sembuh daripada penyakit ini dan sekarang dia telah disahkan negatif Covid-19.

Baca : “Badan macam terbakar, tekak macam telan kaca” – Pesakit Covid-19 Cerita ‘Seksa’ Kena Jangkitan

Covid 6

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.