in

“Badan macam terbakar, tekak macam telan kaca” – Pesakit Covid-19 Cerita ‘Seksa’ Kena Jangkitan

1 Pay Coronavirus Nhs Reality 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita di UK disahkan positif Covid-19 pada 13 Mac lalu telah menceritakan keseksaan yang dirasai selama ‘jatuh sakit’.


Mandy Charlton telah dibawa ke salah sebuah hospital di Newcastle, UK dengan ambulan selepas suhu badannya mencecah 38 darjah selsius lapor Daily Star.

Mandy mula rasa tak sedap badan bila salah seorang anaknya balik ke rumah dari sekolah demam minggu lepas dan percaya yang dia dapat virus ini dari anaknya.

Dia bermalam di hospital sebelum dibenarkan keluar 12 jam kemudian dan mengatakan yang dia terpaksa gunakan baju hospital untuk dijadikan bantal kerana hospital tersebut dah tak cukup barang.

1 Pay Coronavirus Nhs Reality

Sekarang ini, Mandy perlu buat pengasingan sendiri di rumah sehingga hujung minggu dan tidur selama 20 jam serta makan paracetamol untuk sembuh.

Nasib baik menurut wanita ini, anak-anaknya dah cukup besar untuk jaga diri dorang sendiri sepanjang tempoh ini.

Suhu badan saya pernah cecah sampai 39 selsius dan saya ada batuk pelik yang kering dan menyakitkan. Badan saya rasa terbakar, tekak macam telan kaca. Saya pernah demam sebelum ini tapi kalini rasanya memang lain.”

Dia menambah, bila hospital mengatakan yang wanita ini dah cukup sihat untuk pulang ke rumah dan buat pengasingan sendiri, dia terpaksa tunggu 9 jam sebelum kawan baiknya sanggup menggadaikan nyawa menjemputnya pulang ke rumah.

Wanita ini berkata, ketika di hospital dia terkejut bila melihat staf-staf di sana tak cukup mask dan apron. Malah dorang sampai perlu pinjam meminjam.

Mandy berkata dia tak salahkan pasukan perubatan malah meletakkan kesalahan ini sepenuhnya ke atas kerajaan.

 

Baca: “Mata rasa terbakar, kepala macam nak pecah” – Pesakit-pesakit Coronavirus Kongsi Simptom Penyakit Screenshot 2020 03 19 At 2.26.46 Pm

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.