in

Hanya Kerana Sneakers Edisi Istimewa, Remaja Ini Ditumbuk di Hadapan Kedai Adidas KLCC

Featured Adidas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Hanya Kerana Sneakers Edisi Istimewa, Remaja Ini Ditumbuk di Hadapan Kedai Adidas KLCC
Loading
/

Remaja pada tika ini sememangnya sentiasa up-top-date dengan setiap keluaran terbaru tidak kira apa pun ia. Bagi mereka yang tidak tahu di luar sana, Adidas baru sahaja mengeluarkan sneakers edisi istimewa iaitu Adidas NMD Hu Trail Pharrell Williams pada 11 November yang lepas. Hanya cawangan yang terpilih sahaja yang akan mengeluarkan edisi ini dan pastinya ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkan sneakers tersebut. Wah wah!


Adidas 3
sumber: wob

Tetapi lain pula jadinya apabila berlaku satu pergaduhan di antara remaja lelaki di hadapan kedai Adidas di KLCC semalam. Menurut WOB, cawangan Adidas di KLCC difahamkan mempraktikkan siapa cepat dia dapat. Eh of course la! Sehinggakan ada yang sanggup duduk di KLCC sehari suntuk semata-mata untuk memastikan yang mereka dapat memiliki sneakers idaman mereka itu.

Tetapi hanya kerana peraturan semudah itu sahaja, remaja ini ditumbuk! Pulak!

Adidas 1
sumber: wob

Difahamkan mereka yang berada di situ sedang berbaris panjang untuk menunggu giliran masing-masing bagi memiliki sneakers tersebut termasuklah remaja yang ditumbuk itu. Tetapi tiba-tiba datang seorang lagi remaja bertopi yang sesuka hati memotong barisan tersebut. Eh eh orang dah baris panjang-panjang, dia main potong je!

Adidas 2
sumber: wob

Semestinya tidak enak dengan situasi berkenaan, di mana orang yang sudah lama beratur dipotong barisannya dan ditambah pula perlu berdiri lama, lalu remaja berkenaan menerangkan tentang peraturan yang telah dikenakan oleh pihak Adidas tersebut dengan cara yang sopan dan berhemah, tetapi remaja bertopi itu secara tiba-tiba menumbuk muka remaja berkenaan sehingga terjatuh sebagai tanda protes dan tidak puas hati! Eyyyy dah lah potong baris!

Masing-masing yang berada di situ cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut kerana tidak mahu ia berlanjutan. Rata-rata netizen  meluahkan rasa tidak puas hati dan malu dengan sikap remaja berkenaan yang sanggup menggunakan kekerasan bagi mendapakatkan apa yang diigininya.

Dapat dilihat zaman ini, majoriti mentaliti orang sekarang, sekiranya kita ada duit, maka kita ada hak dan berkuasa untuk lakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kannn!

Tak kisah di mana pun kita, sikap tu perlulah jaga. Sentiasa terima nasihat orang lagi-lagi kalau kita yang salah!

Baca: Video Wanita Tengking dan Pukul Anak Kecil Tular, Malangnya Tiada Yang Tampil Membantu

Daa6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.