in

Hanya Kerana Najis Anjing, Warga Emas Maut Selepas Bertengkar Dengan Jiran

Maut Najis Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana agama di atas muka bumi ini sering menuntut manusia untuk berbuat baik sesama manusia yang lain terutamanya mereka yang tinggal dekat dengan kita iaitu jiran. Pun begitu, adatlah dalam hidup berjiran. Pasti ada yang bermasam muka kerana tak bersetuju dengan beberapa perkara kecil yang kadang-kadang nampak rumit.


Namun janganlah sampai jadi seperti lelaki. Dek kerana salah faham dan bertengkar soal najis anjing, seorang lelaki maut selepas berlaku pergelutan kecil di Taman Pekan Baru, Parit Buntar pagi semalam (28 Disember), lapor Berita Harian.

Berdasarkan siasatan, semuanya bermula apabila mangsa, Shee Hun Kong, 68, dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki berusia 52 tahun pada jam 12.30 malam semalam. Punca pertengkaran hanyalah disebabkan lelaki tersebut berang anjing mangsa telah membuang najis di hadapan rumahnya. Alahai…

gambar hiasan

Tidak dapat menahan perasaan, suspek kemudian telah menampar dan mencurahkan air paip kepada mangsa dan anjing peliharaannya. Namun tak semena-mena mangsa dikatakan rebah dan terbaring di hadapan rumah berkenaan.

Suspek yang tidak mengendahkan keadaan mangsa telah membiarkan jasadnya di situ sehinggalah seorang penduduk menemuinya dan melaporkan kepada polis. Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, mayat mangsa telah ditemui sekitar jam 1.33 pagi di sisi anjingnya. Setianya anjing tu! 🙁

Anjing
sumber: bh

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kegagalan saluran darah jantung.

“Selain itu terdapat luka kecil di kepala dan lutut kiri mangsa dipercayai akibat terjatuh,” jelas Omar.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Tan Poh Suan, 52, berkata, suaminya memang sering membawa anjing peliharaan mereka bersiar-siar pada waktu malam. Dia juga mengakui suaminya ada menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.

Susulan daripada penemuan mayat itu, suspek telah direman selama empat hari dan kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak polis kini sedang mengesan saksi bebas bagi kes berkenaan untuk membantu siasatan.

Hal kecil macam najis anjing pun boleh bergaduh sampai mati jiran? Aduh apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni…

Baca: Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun 

Janda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.