in

“Hantar roti canai dari PJ ke Gombak” – Orang Guna Food Rider Untuk Buat ‘Delivery’ Dadah

Roticanai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan penghantar makanan ini memang golongan yang dicari-cari oleh majoriti daripada kita ni. Mereka juga wajar mendapat penghargaan tinggi daripada kita.



Tapi, masa macam ni juga lah ada yang cuba nak ambil kesempatan, boleh pula dia gunakan Food Rider ni untuk hantar dadah dekat orang. Lepas tu kantoi nanti dia juga yang kena.

Ini namanya ambil kesempatan dan aniaya orang!

 

Kepada rider delivery barang hati-hati mungkin korang dipergunakan”

Menerusi Astro Awani penghantar makanan tu terima tempahan pukul 7 petang Isnin lepas untuk dihantar dari Tropicana, Petaling Jaya ke Setapak, Kuala Lumpur.

93439103 538685726792398 8348796127067242496 N 93562077 538685650125739 8293941002331226112 N 93811706 538685693459068 7601115223608524800 N

Tiba-tiba rider tu rasa kurang senang ketika dah sampai ke kawasan Gombak, dia pun terus bukan bungkusan makanan tu dan menemui 2 bungkusan jernih yang disyaki dadah, ia telah diselitkan dekat dalam roti canai tu.

Beli roti canai nak dihantar sampai ke Gombak eh? 

Jadi, individu terbabit kemudiannya membuat laporan polis berikutan penemuan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Gambar bungkusan itu jadi viral dekat media sosial sehingga mengundang reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan menyalah guna perkhidmatan tersebut.

 

Baca : “Bukti runner kita bukan biashe-biashe” – Abang Rider Main Piano Seround Dua Sementara Tunggu Customer

Piano

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.