in

“Hancur masa depan negara” – Netizen Tak Setuju UiTM Kolaborasi Dengan TikTok Untuk Pertandingan #CampusIdol

Uitmdihatikutiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

TikTok adalah antara aplikasi paling in di kalangan remaja masa kini. Sana sini orang main TikTok sampaikan ada di antara netizen yang label aplikasi ini sebagai perkara negatif dan membuang masa.


Tapi baru-baru ni, TikTok dengarnya ada membuat kolaborasi dengan beberapa universiti di Malaysia termasuklah UiTM, universiti yang sering kali mendapat ‘perhatian’ ramai. Uish! 

 

UiTM lancar pertandingan #CampusIdol, tawar hadiah bernilai RM10,000! 

Pertandingan yang berlangsung dari 20 November hingga 4 Disember ini merupakan salah satu daripada acara tahunan KaryaOne daripada Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memberi peluang kepada semua pelajar universiti di Malaysia untuk pamerkan bakat dan kreativiti dari segi tarian, muzik, seni dan lakonan. 

Lebih menarik lagi, hadiah yang ditawarkan pun bukan calang-calang. Pemenang berpeluang mendapat hadiah bernilai RM10,000 dan handphone Honor tau! Keputusannya pula dijangka akan diumumkan pada 7 Disember nanti, lapor Marketing Interactive.

Campusidol Tiktok 2
sumber: blog

 

“UniKeris mempromosi hedonisme… hancur masa depan negara kalau macam ni!”

Well seperti yang korang jangka, since TikTok sering dilabel dengan perkara negatif dan melalaikan, ramailah yang mula condemn penglibatan universiti ini dalam program seperti berikut.

Bagi korang yang tak tahu, bukan UiTM je terlibat, UM, MSU, UniKL dan Aswara pun antara yang join pertandingan ni tau!

Uitm Ngeng
sumber: blog

 

“Risau imej UiTM, tak tahu ke TikTok penuh dengan kandungan seksual? Kenapa UiTM setuju?” 

Bukan saja netizen troll UiTM kaw-kaw mengenai isu ni, ada juga yang makin risau dengan masa depan universiti tersebut takut-takut ada yang label UiTM sebagai lubuk pelajar TikTok pula.

Tiktokbodo
sumber: twitter

Papepun bagi admin kita cuba lihat perkara ini dari segi positifnya dan jangan asyik condemn saja tanpa melihatkan hasil. Mana tahu TikTok ni boleh menjana kreativiti pelajar universiti kalau digunakan dengan cara yang betul? Haaa… 

Apapun bagi mereka yang berminat, korang boleh je download aplikasi TikTok dan join competition ni sekarang. Jangan lupa tarikh tutup 4 Disember ni! 

Baca: Kalau Korang Budak UiTM Shah Alam, Confirm Boleh Relate Dengan 6 Perkara Ni

Uitm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.