Hampir Setahun Tak Jumpa, Ayah Terkilan Anak Didakwa Kena ‘Brainwashed’ Sampai Diubah Bin?

Hati ayah mana yang tak terluka apabila melihat anaknya berubah seperti tidak mengenalinya setelah setahun tidak bersua kerana dikatakan telah dihalang oleh bekas pasangan seperti mana kejadian yang berlaku oleh pasangan ini.
Menurut satu perkongsian di Facebook, terdapat rakaman menunjukkan seorang anak dilihat seperti ketakutan apabila berjumpa dengan ayah kandungnya itu, difahamkan si ayah ini mahu bersua kerana tak dapat menahan rindu dengan anaknya itu.
Dalam video tersebut, dilihat seperti anak itu enggan menjawab segala soalan sampaikan nama penuh anak tersebut telah diubah.
“Rosakkan pemikiran anak dengan mengubah nama asal, di ‘Bin’ kan dengan nama bapa tiri.”
Menurut perkongsian tersebut, ketika si ayah kandung menjenguk anaknya di taska ini, si ayah tiri datang bawa polis untuk halang mereka bersua, namun si ayah kandung ini mempunyai surat arahan mahkamah.

Menerusi perkongsian daripada wanita yang dikatakan ibu tiri kepada si anak ini, dia menjelaskan bahawa suaminya telah dihalang oleh bekas isteri dan pasangannya daripada menghubungi dan berjumpa dengan anaknya, dia fahamkan sudah setahun lebih mereka tidak bertemu.
Katanya lagi, disebabkan perintah Hadhanah telah diingkari, Hakim telah mengarahkan agar si ibu kandung ini untuk serahkan anak kepada bapa kandungnya (bekas suami) untuk melawat dan bermalam.
“Si anak kecil yang masih x mengerti apa2 diracuni fikiran sehingga sedemikian rupa. Setelah SETAHUN LEBIH perintah Hadhanah DIINGKARI dan si bapa iaitu suamiku tidak dapat berjumpa dengan anaknya, akhirnya Hakim mengarahkan si anak kecil ini di serahkan kepada bapanya untuk melawat dan bermalam selama 3hari 2malam.”
“Setahun yg lepas.. urusan mengambil anak dibuat di tepi jalan, berdekatan pondok pengawal kediaman ibunya.. Suamiku perlu turun dan bukakan pintu kenderaan sendiri dan ambil anak dari dalam kereta. Begitu juga ketika menghantar anak kembali.”
Namun begitu, ketika mahu dihantar, si anak jadi memberontak untuk dekat dengan ayah kandungnya sambil kejadian itu dirakam.

Mereka perlu serahkan anak atas Arahan mahkamah, tp anak diajar agar tak mahu ikut dengan ayahnya.”
Dakwa ibu tiri yang dikenali sebagai Marlyna Draman ini lagi, anak suaminya ini telah ‘diasuh’ untuk tidak mahu ke pangkuan ayah kandungnya.
Dari sini, berlaku sedikit persengketaan antara kedua-dua belah pasangan ini. Cerita penuh mengenai kejadian ada disini.

Anak memberontak sampai pukul ayah
Dalam video lain, ketika si ayah kandung mahu ambil anaknya untuk bermalam bersamanya, di lihat kanak-kanak itu memberontak sehingga menggunakan bahasa kasar.
Si ayah redha membiarkan dirinya dipukul anak dan berusaha menenangkan anaknya. Video penuh disini. Kata sumber lagi, ada sesuatu yang tak kena apabila melihat perubahan 360 darjah anaknya ini.


Anak ini kembali normal dan ceria ketika bersama ayah
Setelah bermacam-macam cara dilakukan, akhirnya si ayah kandung berjaya bawa anaknya itu bersamanya. Menurut Marlyna, perwatakan anaknya itu kembali normal dan ceria.

Kembali murung bila masa nak pulang?

Menurut perkongsian sumber, kedua beranak ini akan bersua lagi dalam masa 2 minggu bermula dari hari perlu pulangkan anak ke pangkuan ibu kandungnya.
Dalam perkongsian selanjutnya, terbaru si suami menerima satu notis mahkamah syariah di tempat kerja, namun Marlyna dakwa, notis itu adalah notis lama dan bukan ditujukan kepada suaminya pun.
Apapun, diharap dapat lah selesaikan persengketaan ini dengan cara baik, usahlah anak kecil dijadikan mangsa dendam. Sama-sama kita doakan mereka berdamai.
Baca : [VIDEO] Pendatang Asing Tiba-tiba Buat Kecoh, Konon Nak Ambil Anak Di Tadika




