in

Hampir 78,000 Pasangan Di M’sia Bercerai Sejak Pandemik Bermula – PM

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kes penderaan dan tekanan mental yang menunjukkan peningkatan sejak pandemik Covid-19 bermula, kes penceraian sejak pandemik bermula juga turut mencatatkan rekod tertinggi.


Ketika sesi Parlimen pada hari Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan, hampir 78,000 penceraian telah direkodkan di seluruh negara sejak pandemik bermula tahun lepas.

Katanya, sebanyak 10,346 dari keseluruhan jumlah penceraian ini adalah dari pasangan bukan beragama Islam manakala 66,440 kes melibatkan pasangan beragama Islam.

Angka penceraian ini adalah dari bulan Mac 2020 sehingga Ogos tahun ini dan data ini adalah berdasarkan statistik yang diberikan oleh mahkamah dan Jabatan Kehakiman Syariah, lapor FMT.

Menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom berkenaan statistik penceraian melibatkan orang di kawasan pendalaman ketika pandemik, Selangor mencatatkan angka tertinggi bagi pasangan bukan Islam iaitu sebanyak 3,160 kes diikuti dengan Kuala Lumpur (2,893) dan Perak (1,209).

Manakala bagi pasangan beragama Islam pula, Johor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 7,558 kes diikuti Kedah (5,985) dan Kelantan (5,982).

Ismail

Perdana Menteri juga turut mengatakan bahawa pandemik dan lockdown secara berterusan turut meningkatkan tekanan di antara pasangan yang sudah berkahwin dan institusi kekeluargaan.

Krisis Covid-19 telah membuatkan kerajaan melaksanakan MCO sejak Mac tahun lalu dan komuniti lebih-lebih lagi golongan yang berisiko dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mengutamakan kesihatan dan keselamatan.

Kehidupan di bawah norma baharu ini dilihat telah memberikan impak kepada beberapa aspek kehidupan terutamanya institusi kekeluargaan.”

Selain itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara turut melakukan tinjauan bertajuk “Tekanan dan Cabaran Dihadapai Oleh Ibu Bapa Ketika Menghadapi Gelombang Baru Pandemik Covid-19” bagi mengetahui impak pandemik kepada pasangan yang telah berkahwin.

Corai1 1563928264

Tinjauan ini melibatkan seramai 1,148 pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak berusia tujuh ke 24 tahun yang dijalankan pada 5 Mac sehingga 14 Mac.

Berdasarkan tinjaun tersebut, 80 peratus dari responden mengatakan mereka mula merasa tekanan ekonomi dan kesihatan mental ketika gelombang ketiga pandemik yang diikuti dengan perlaksanaan MCO 2.0.”

Manakala 28 peratus responden mengatakan keadaan kewangan mereka menjadi lebih teruk berbanding gelombang sebelum ini dan 84.1 peratus responden turut mengalami tekanan emosi sehingga 20.4 peratus ibu bapa mengatakan yang mereka sukar mengawal perasaan marah.

 

Baca: Lelaki Fail Cerai Sejam Lepas Kahwin, Dakwa Isteri Punca Dia Terpaksa Buat Keputusan Segera

Screenshot 2021 09 17 At 12.38.12 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.