in

Hampir 2 Ribu Kontena ‘Hilang’ Selepas Kapal Kargo Dilanda Ribut Kuat

2Kapal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kapal kargo dilaporkan telah kehilangan sebanyak 1,816 muatan kontena yang dibawanya kerana ‘tumbang’ selepas ribut kuat melanda kapal yang sedang dalam perjalanan ke Jepun.

Menurut laporan Daily Mail, kapal kontena yang bernama ONE Apus itu tiba di Pelabuhan Kobe, Jepun, pada Selasa selepas menempuhi perjalanan selama lapan hari dari tengah Lautan pasifik. Kapal itu dilaporkan dilanda ombak setinggi 52 kaki semasa dalam perjalanan.


Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh bagi mengetahui kerosakan dan jumlah kerugian sepenuhnya.Screenshot 2020 12 12 At 1.21.05 Pm

Ribut tersebut telah melanda di tengah Lautan Pasifik dan telah menyebabkan muatan kontena kapal itu hilang di 1.600 batu nautika (1.841 batu) di barat laut Hawaii.

Sebanyak 64 kontena yang dilaporkan mengandungi barang berbahaya telah hilang, bersama dengan 54 buah kontena berisi bunga api, 8 kontena berisi bateri dan 2 lagi kontena yang berisi cecair ethanol.

Screenshot 2020 12 12 At 1.20.48 Pm

Kapal ONE Apus adalah kapal kargo yang berukuran sepanjang 1,194 kaki dan boleh memuatkan sebanyak 14,000 kontena dengan berukuran kira-kira 20 kaki setiap satu.

Screenshot 2020 12 12 At 1.20.59 Pm

Kehilangan kargo tersebut dipercayai merupakan kehilangan kargo yang berkaitan dengan cuaca buruk terbesar dalam sejarah.

 

Baca: “RIP barang 11.11” – Lori Kurier Terbakar Di Cheras,  Semua Parcel Hangus Dijilat Api

Screenshot 2020 12 12 At 1.26.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.