in

“RIP barang 11.11″ – Lori Kurier Terbakar Di Cheras, Semua Parcel Hangus Dijilat Api

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haritu masa korang shopping promosi 11.11 tu ada tak barang korang yang tak sampai lagi? Kalau ada, mungkin barang korang dah hangus terbakar…


Semalam, satu lori kurier telah terbakar hingga menyebabkan keseluruhan kargo dan barang-barang dekat dalam lori tersebut hangus dijilat api.

Seorang wanita, Kitty Goh yang menyaksikan kejadian tersebut yang berlaku lebih kurang jam 2.45pm semalam mengatakan yang lori kurier tersebut tiba-tiba terbakar berhampiran bangunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Cheras.

Kitty juga turut kongsikan beberapa gambar insiden tersebut di Facebook yang menunjukkan badan lori ini terbakar dan barang-barang dekat dalam lori itu juga nampak seperti tak ada yang selamat.

Manakala pekerja yang membawa lori tersebut dapat dilihat membuat panggilan sementara pihak bomba membantu memadamkan api.

Kata Kitty lagi, insiden ini berlaku di bahagian memunggah barang sebelah apartment, jadi tak ramai orang yang perasan kejadian ini. Bagaimanapun, punca kebakaran tersebut masih belum diketahui.

Harap-harap barang admin beli haritu selamat…

 

Baca: Barang 11:11 Yang Korang Order Dekat Online Shopping Haritu Mungkin Dah Hanyut Kat Tengah Laut Sekarang

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.