Solat Sunat Terawih ialah antara ibadah sunat yang sering dilakukan oleh umat Islam bersempena bulan Ramadan yang mulia ini. Besar pahalanya kalau umat Islam dapat lakukan solat terawih ni.
Pun begitu, baru-baru ni muncul pula isu yang berkaitan solat terawih yang sedang kecoh di negeri Kelantan.
Menerusi posting Nik Mohamad Abduh di Facebook, kerajaan negeri katanya telah memberi arahan untuk menghentikan sementara operasi kedai makan pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan.
Arahan tutup dari jam 8.30 hingga 10.00 malam untuk galak umat Islam solat sunat terawih
Menerusi surat yang dikongsikan Nik Abduh, operasi penutupan sementara ini katanya akan diadakan sekitar jam 8.30 malam hingga 10.00 malam sepanjang bulan Ramadan sebagai menghormati bulan Ramadan yang mulia ini.
Malah ia juga pada masa yang sama diadakan untuk menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat terawih secara berjemaah di masjid dan surau berdekatan.
“Rezeki yang halal dan baik di bulan Ramadan wajar digalakkan bukan dihalang”
Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan Nik Abduh di media sosial, beliau seakan-akan tidak bersetuju dengan surat arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri dan berharap arahan ini akan ditarik balik nanti.
Menurutnya, rezeki yang halal dan baik pada bulan Ramadan ini sepatutnya digalakkan dan bukan dihalang dengan mengarahkan kedai-kedai makan ini ditutup untuk menggalakkan ibadah sunnah tersebut.
“Ambo pehey kerajaan negeri buat gini untuk galakkan rakyat buat terawih, buat amal. Tapi…”
Rata-rata rakyat Kelantan yang menerima arahan ini berasa agak berbelah bahagi dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri. Ada yang menyokong usaha baik kerajaan ini menggalakkan rakyat buat pahala, tapi ada juga yang berpendapat solat terawih ini adalah perkara sunat.
Jadi kerajaan tak boleh nak paksa semua orang tunaikan perkara sunat dan pada masa yang sama menyekat rezeki orang lain. Yang penting masing-masing kena pandai urus masa dan ibadah dalam bulan puasa ni.
Korang rasa macam mana? Wajarkah kerajaan negeri Kelantan keluarkan arahan penutupan ni? Kongsikan komen anda bersama kami.
Baca: Masih Ragu & Tak Jelas Hukum Hakam Sewaktu Bulan Puasa? Meh Baca Perkongsian Bermanfaat Ni!