in

Guru Tadika Dari Kajang Tampar Murid Berusia 4 Tahun Kerana Enggan Menulis

Featured Tampar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes penderaan kanak-kanak tidak pernah hilang dalam negara kita. Ada sahaja berita baru yang kita perolehi, tidak kira sama ada ibu bapa yang mendera anaknya atau guru yang mendera muridnya. Ini dapat dibuktikan lagi dengan kes yang tular baru-baru ini, di mana seorang kanak-kanak berusia 4 tahun ditampar gurunya yang berusia 18 tahun! Ish muda-muda lagi dah pandai menampar orang!


Guru 2 E1509760964572
gambar hiasan

Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku di sebuah tadika yang terletak di Kajang, pada hari Selasa yang lepas. Kejadian ini dimaklumkan oleh guru besar tadika berkenaan kepada bapa mangsa pada jam 6 petang ketika mahu mengambil anaknya pulang dari tadika.

“Seorang guru perempuan telah menampar muka kiri dan kanan sehingga mengalami pendarahan hingga mempunyai kesan lebam serta luka di pipi”

Difahamkan, guru besar itu memberitahu kepada bapa mangsa bahawa anaknya telah ditampar oleh guru tersebut kerana ia difahamkan berpunca daripada mangsa yang tidak mahu menulis. Laa sebab tu je?

Guru 1
sumber: sinar harian

Bapa mangsa yang berusia 26 tahun tersebut lantas memeriksa keadaan fizikal anaknya dan didapati adanya kesan merah di pipi dan telinga anaknya itu. Susulan itu, guru wanita tersebut telah ditahan kira-kria jam 7.30 malam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. Kan tak pasal-pasal kena tahan!

Guru tersebut telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Ketua polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi mengesahkan bahawa,

Siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

Menurut bapa mangsa, kanak-kanak lelaki itu mula dihantar ke tadika tersebut sejak tahun lalu, namun kini dihantar ke pusat asuhan akibat trauma. Kesiannyaaa!

Penderaan fizikal ni bukan jalan penyelesaiannya.. Banyak lagi cara lain yang lebih elok. Kan?

Baca: Hanya Kerana Enggan Minum Susu, Budak 3 Tahun Didenda Sebelum Hilang Dari Rumah

Dhoadoa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.