Guru Suruh Murid Jilat Tandas Kotor 12 Kali Sebab Tertinggal Kerja Sekolah

Tambah ke Sumber Pilihan
Guru Suruh Murid Jilat Tandas Kotor 12 Kali Sebab Tertinggal Kerja Sekolah

Ingat tak dulu masa kecik-kecik kita tak suka sangat dengan cikgu yang suka bagi kerja sekolah, kan? Asal habis kelas je mesti dia kasi kerja sekolah nak suruh kita siapkan kat rumah nanti. Lepas tu nanti kita lupa bawak and tertinggal kat rumah, ye tak?

Kalau buat macam ni zaman dulu paling tidak pun kena rotan kat tangan takpun kena berdiri dalam kelas. Tapi cikgu kat Indonesia ni lain macam gaissss hukuman dia. Benda ni jadi di sekolah rendah kat Kampung Cempedak Lobang, Sumatra Utara.


Minggu lepas parents kepada pelajar bernama MB ni complain pasal guru perempuan kat sekolah anak dia nama Cikgu RM. RM brape? Cikgu RM ni katanya paksa MD buat something yang dahsyat sebagai hukuman sebab tak bawak kerja sekolah yang dia suruh buat sebelum ni.

Tandas 1
Sumber: Coconuts

Cikgu RM tu suruh MB jilat tandas kotor berkali-kali just sebab dia tinggalkan kerja sekolah tu kat rumah.

“Anak saya disuruh jilat tandas 12 kali. Tapi lepas jilatan yang keempat, dia muntah,” kata ibu MB yang dikenali sebagai SH.

Tengok keadaan tandas tu pun dah nak termuntah, macam mana la murid tu boleh mampu jilat sampai empat kali. SH memaklumkan yang dia dan husband boleh terima kalau anak lelakinya tu disuruh bersihkan tandas kotor sebagai hukuman, tapi hukuman Cikgu RM ni dah melampau.

Tandas
Sumber: Kompas

“Suami saya marah-marah pergi sekolah dan jumpa cikgu tu. Saya marah dan sedih. Takkan la tak ada hukuman lain yang buat?” kata SH lagi.

Lepas terima aduan, sekolah siasat perkara sebenar dan katanya guru tu hukum murid tu sebab tak buat kerja sekolah dan memang dia ada suruh budak tu jilat tandas kotor. Cikgu tu sekarang dah ditukarkan ke sekolah lain lepas kejadian.

Memang salah murid tu jugak tak siap homework tapi pilih lah hukuman yang bersesuaian.

Baca: “Satu Malaysia jadikan budak ni bahan gelak!” – Lelaki Berang Guru Tularkan Video Murid Menangis Rindukan Ibu

Kawin

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Guru Suruh Murid Jilat Tandas Kotor 12 Kali Sebab Tertinggal Kerja Sekolah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/guru-suruh-murid-jilat-tandas-kotor-12-kali-sebab-tertinggal-kerja-sekolah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM