in

“Guna reverse psychology”- Kes Kecurian Terlalu Kerap Berlaku, Pemandu di Amerika Sengaja Biarkan Boot Kereta Terbuka

F1 Buka Boot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes rompakan atau kecurian bukan hanya kerap berlaku di negara kita, namun negara maju seperti Amerika Syarikat juga nampaknya menghadapi masalah yang sama.

Sehinggakan baru-baru ini, pemandu di kawasan San Francisco dan Oakland, Amerika Syarikat terpaksa menggunakan cara yang tak pernah dibuat orang untuk menghalang barangan dalam kereta mereka daripada dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, lapor Oddity Central.


Buka Boot 3

Ada sesetengah pemandu kereta yang sengaja membiarkan bonet belakang kenderaan mereka terbuka agar pencuri-pencuri tu tahu bahawa tiada sebarang barangan berharga yang boleh dicuri di dalam kereta tersebut.

Difahamkan, pemilik kenderaan akan menggunakan cara terbabit ketika mereka parkir kereta di tempat awam seperti di kawasan kedai atau pasar raya dan sebagainya. Mereka juga dilaporkan tidak akan mengunci pintu kereta.

Buka Boot 2

Jadi si pencuri tak perlu pecahkan tingkap kereta semata-mata untuk mencari barangan berharga sebab barangan macam tu memang tak akan dibawa pun oleh pemandu kenderaan.

Media tempatan di sana ada melaporkan bahawa kes kecurian kereta di kawasan itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini sehingga ada pemilik kereta yang terpaksa menampal notis ‘Jangan pecahkan cermin tingkap, tiada barangan berharga di dalam” pada kenderaan masing-masing.

Namun, pihak polis di sana turut menasihati pemilik kereta agar tidak meninggalkan kenderaan mereka dalam keadaan sebegitu sebab pencuri tetap boleh menjumpai sebarang dokumen atau surat yang mempunyai maklumat penting seperti alamat rumah, tempat kerja atau sekolah anak.

Jadi, dikhuatiri akan berlaku perkara lain yang lebih teruk pula nanti. Lagipun, pencuri tetap boleh mencuri bateri atau tayar kereta.

Apa pendapat korang? Agak-agak berkesan ke guna cara ni? 

Sumber: Oddity Central, YouTube Inside Edition 

Baca: [Video] Gara-gara Kawasan Parking Terlalu Sempit, Wanita Ini Selamba Keluar Ikut Bonet 

Buka Boot 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.