Bila sebut tentang parking, pasti segelintir kaum wanita dah ‘berpeluh’ dahi memikirkan cara dan teknik pantas untuk meletakkan kenderaan masing-masing tepat masuk ke dalam petak yang disediakan.
Hal ini kerana kebanyakan kaum wanita ini tidak berapa mahir dalam soal meletakkan kenderaan berbanding kaum lelaki yang dikatakan lebih ‘pakar’ dalam memarkir kenderaan walau di ceruk mana sekalipun.
Walau bagaimanapun, lain pula dengan dua wanita ini yang tular di media sosial gara-gara ‘kemahiran’ mereka memarkir kereta di satu tempat parking yang agak sempit.
‘Double park’ buat tempat parkir jadi sempit
Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram @nonatofu ini, kelihatan sebuah kereta putih yang secara tidak sengaja telah memarkir keretanya secara double parking.
Ini menyebabkan kawasan tempat letak kereta itu menjadi sempit dan agak sukar untuk kenderaan lain meletakkan kenderaan mereka di situ.
Namun, sebuah kereta berwarna oren yang dipandu oleh seorang wanita berjaya meletakkan keretanya di situ walaupun tempat parkirnya agak sempit dan hanya muat-muat sahaja.
Tak dapat buka pintu, keluar ikut bonet
Apa yang melucukan, gara-gara tempat parkir itu terlalu sempit, kedua-dua wanita itu tidak dapat membuka pintu untuk keluar gara-gara dihadang oleh kedua-dua belah kereta di kiri dan kanan lalu mengambil keputusan untuk ‘meloloskan’ diri keluar dari perut kereta melalui bonet belakang!
https://www.instagram.com/p/CGwXm-OB1Ys/?igshid=1sm4of2w9jzk8
Fuh, like a boss je gigih panjat belakang seat semata-mata nak keluar.
Video yang berdurasi selama 37 saat ini berjaya meraih perhatian netizen dengan meraih sebanyak lebih daripada 400,000 views dan 11,000 likes.
Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat dua wanita ini yang gigih meletakkan kenderaan.
“Super kreatif” – Netizen
Macam mana kereta sebelah nak masuk pulak tu? Ha double park lagi.
Baca: Dua Pemuda Dihukum Cukur Kening Gara-gara Kutip Bayaran Parking Daripada Pengunjung Pantai