in

“Guna populariti artis untuk ‘cuci’ duit haram” – Kes Macau Scam: Ini 4 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Kalau Tak Nak Jadi Mangsa

Macau Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, kecoh di media sosial tentang berita pasangan selebriti terkenal, Shuib dan Siti Sarah yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes penggubahan wang haram.


Menurut Berita Harian, Shuib telah disoal siasat selama 23 jam, namun mujurlah dia dan isterinya tidak ditahan reman.

Susulan daripada siasatan melibatkan pasangan artis tersebut, SPRM kini katanya sedang menyiasat sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit yang diraih daripada kegiatan mereka dalam perniagaan diusahakan selebriti terkenal tempatan. 

Dalang utama sindiket tersebut dipercayai warga China, tetapi mereka menggunakan ‘ejen’ di Malaysia untuk uruskan pelaburan termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil penipuan.

“Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan,” kata sumber.

Ejen-ejen besar Macau Scam di Malaysia ni telah ditangkap SPRM 3 hari lalu ye. Kat atas tu video penangkapan mereka.

Bagi korang yang tak nak terkena dengan Macau Scam ni, lebih elok kalau korang kenal pasti modus operandi mereka betul-betul.

Menerusi perkongsian individu di Twitter bernama Iskandar Danial, berikut antara perkara yang korang perlu tahu tentang scam ini.

 

1. Target market geng Macau Scam

Macau Scam ini mendapat nama tersebut kerana ia bermula di Macau dan mereka menggunakan teknik Voice over Internet Protocol (VoIP) untuk trick mangsa.

Target market mereka ialah seperti berikut:

 

2. Berlakon jadi pegawai bank atau polis

Flow Macau Scam yang paling common dan korang mungkin pernah terkena ialah bila pemanggil berlakon jadi sama ada pegawai polis atau pegawai bank. Kadang-kadang ada juga yang jadi pegawai SPRM.

 

3. Terjadi selepas teknik ‘lain’ gagal 

 

4. Kalau dapat call pelik, just jawab ini: 

Apa-apapun korang sentiasalah berwaspada selalu dengan macam-macam teknik penipuan sekarang ni. Hari ini mungkin dah terkantoi, esok-esok mereka akan gunakan cara lain pula untuk menipu. 

Baca: Gila! Lagi Kes Macau Scam, Kali ini Warga Emas Berusia 90 Tahun ‘Lebur’ RM3.83 Juta Ditipu

Kawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.