in

Gila! Lagi Kes Macau Scam, Kali ini Warga Emas Berusia 90 Tahun ‘Lebur’ RM3.83 Juta Ditipu

Gambar Hiasan 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita tentang ‘Macau Scam’ seolah tiada penghujungnya. Jika sebelum ni tentang seorang warga emas tergadai semua wang simpanan miliknya bernilai RM1.84 juta namun kini sekali lagi kes sama berlaku melibatkan seorang pesara swasta sehingga mengalami kerugian RM3.83 juta dipercayai akibat diperdaya sindiket Macau Scam. Gila ah banyakk wehh…


Kes yang terbaharu ini melibatkan seorang wanita berusia 90 tahun dan kalau korang perasan, sendiket Macau Scam ini sememangnya menyasarkan golongan warga emas dan pesara untuk dijadikan mangsa penipuan mereka.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ia bermula pada 13 Jun apabila wanita warga emas itu menerima panggilan telefon didakwa daripada Pos Laju Malaysia yang mengatakan terdapat bungkusan dihantar dari Ipoh ke Sabah dengan menggunakan butirannya.

Kerana terlalu mempercayai tanpa asal usul periksa, wanita itu mengikut sahaja kemahuan sindiket berkenaan dengan memindahkan wang simpanannya ke tujuh akaun syarikat yang berbeza secara berperingkat pada 20 April hingga 15 Jun.

715668

Beliau berkata, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki tempatan yang mendakwa dirinya anggota polis berpangkat Sarjan bernama ‘Ho Mum Foo’ dan pegawai atasannya ‘Inspektor Herman Lee’ dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan polis menahan dua lelaki tempatan berusia 36 dan 43 tahun dipercayai terlibat dalam kes ini di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor”

Nik Ezanee berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit dan kedua-dua mereka direman empat hari bermula Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta denda. Nik Ezanee turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah sindiket itu terutamanya golongan warga emas.

 

Baca: HANGUS! Semua Simpanan Tabung Haji, ASB, Pusaka Seorang Pesara Bernilai RM1.84 Juta Lesap Akibat Macau Scam

Capture 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.