in

Guna Lagu Ada Petikan Hadis Dalam Runaway Pakaian Dalam, Rihanna Mohon Maaf Kepada Muslim

Rihanna

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Diamond, Rihanna baru-baru ini dikecam teruk oleh warganet dari seluruh dunia terutamanya dari kalangan umat Islam kerana dianggap tidak sensitif dalam melancarkan pertunjukkan fesyen pakaian dalam jenamanya, Savage X Fenty baru-baru ini.

Dalam video itu, dikatakan ada menggunakan petikan hadis dalam lagu yang mengiringi pertunjukan fesyen pakaian dalam tersebut.

Dalam video pertunjukan fesyen yang diadakan secara maya itu,  dapat dilihat aksi model memakai pakaian dalam menari dengan latar belakang muzik tersebut.

 

“Rihanna went too far”

Savage

Ia merupakan lagu yang berjudul Doom oleh Coucou Chloe, dalam lagu itu ada diselitkan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat yang telah di remix kan.

Salah seorang netizen menganggap bahawa tindakannya itu dikira melampau sehinggakan warganet ungkit semula kontroversi terhadapnya ketika bergambar dihadapan masjid dahulu.

Boleh tonton videonya disini.

 

Hadis asal

 

Berikutan dengan kecaman hebat yang diberikan itu, Rihanna ada buat permohonan maaf secara terbuka menerusi IG Story miliknya hari ini.

 

Saya minta maaf – Rihanna

Katanya, dia berterima kasih kepada umat Islam yang telah menyuarakan isu ini. Dia memohon maaf kerana melakukan kesilapan dan akui ianya kecuaian daripada pihaknya sendiri.

Menyedari telah menyakiti umat Islam, Rihanna begitu kesal dengan dirinya sendiri. Malah dia juga menzahirkan rasa kesal dengan pihaknya sendiri kerana bagi Rihanna, bukanlah caranya untuk mempersendekan agama lain.

Jadi, Rihanna sifatkan bahawa apa yang terjadi kepada pihaknya ini adalah satu perkara yang tak bertanggungjawab.

Disebabkan itu, dia pastikan bahawa kesilapan sama tidak akan berulang lagi.

Image From Ios 1

Dalam pada itu, pencipta muzik asal juga ada membuat permohonan maaf secara terbuka. Coucou Chloe juga mengaku silapnya yang begitu cuai dalam menghasilkan muzik tanpa buat kaji selidik.

https://twitter.com/coucou_chloe/status/1313137644226908162

 

Baca : Kutuk Lace Baju Pengantin Mira Filzah Macam Alas Meja, Pereka Fesyen Rico Rinaldi Tegur Netizen Bermulut Lancang

Mz

Sumber: Twitter
Sumber: Instagram