Walaupun banyak perhimpunan solidariti untuk Palestin sudah dilakukan di banyak negara, genosid yang dilakukan oleh tentera Israel di negara itu masih belum berakhir.
DSV pakai baju bendera Palestin
Pun begitu, seorang usahawan terkenal Malaysia, Dato’ Seri Vida (DSV) masih lagi menunjukkan perhatiannya kepada negara tersebut dengan menggayakan sepersalinan pakaian bertemakan bendera Palestin.
Artikel berkaitan: “3 minit sangat deep” – Video Pendek #StillAlive Raih Pujian, Kaitkan Nilai RM1 Juta Dengan Keadaan Di Palestin
Artikel berkaitan: “Sebak weh simbolik tu!” – Kelab Bola Sepak Deportivo Palestino Iring ‘Kanak-kanak’ Masuk Padang
Pakaian itu disarung ketika dia menghadiri pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur baru-baru ini. Baju tersebut direka khas gabungan beberapa kain berwarna bendera Palestin iaitu hitam, hijau dan putih.
Selain itu satu tali leher besar berwarna merah dipakai oleh DSV untuk melengkapkan warna bendera tersebut dan separuh wajahnya pula dilukis gambar tembikai yang menjadi simbol negara Palestin.
@dsv_officialmall Alhamdulillah , saya dapat sampaikan mesej dengan cara saya sendiri ❤️🍉 #freepalestine #palestine🇵🇸 #palestinewillbefree #datoserivida #fyp
Rakyat Palestin tegur, nak ambil gambar bersama
Selepas pertunjukan fesyen itu, ramai peminat mahu mengambil gambar bersama DSV termasuklah pelancong asing.
Orang dari luar negara pun datang tegur sebab saya pakai baju tema Palestin. Bukan negara kita je, negara luar pun prihatin terhadap saudara kita kat sana. Mereka pun suka tengok saya pakai macam ni.
Lebih terharu, seorang wanita yang merupakan rakyat Palestin telah menegur DSV dan mahu mengambil gambar bersama-sama.
Teruja bila orang Palestin sendiri datang tegur saya siap ajak bergambar sekali. Alhamdulillah happy saya sebab ramai yang alert apa yang saya nak sampaikan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat usaha DSV mempamerkan tanda solidaritinya kepada negara Palestin.
Free Palestine!
Sumber: TikTok