in

‘Grouse’, Anjing Pengesan Milik Bomba Bantu Operasi Mencari Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

2Anjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

16 Disember 2022 adalah tarikh yang sukar dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia apabila kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Highland – Batang Kali dilaporkan sekitar awal pagi Jumaat.

Kejadian itu melibatkan hampir 100 orang mangsa yang berkelah berdekatan Father’s Organic Farm. Setakat ini 23 mangsa terkorban akibat insiden itu dan usaha untuk mencari baki 9 mangsa yang belum ditemui sedang giat dijalankan.


Bagi membantu usaha itu, pihak berkuasa telah mengerahkan unit K9 Jabatan Bomba Dan Penyelamat untuk menyertai operasi di lokasi kejadian. Satu hantaran Facebook dari BERNAMA memaparkan Grouse, salah seekor anjing milik bomba yang membantu misi mencari dan menyelamat.

Screenshot 2022 12 18 At 2.28.29 Pm Screenshot 2022 12 18 At 2.28.46 Pm Screenshot 2022 12 18 At 2.29.00 Pm Screenshot 2022 12 18 At 2.29.11 Pm

Dalam satu lagi hantaran video dari Facebook BERNAMA, Grouse dilaporkan mengesan tiga mangsa yang tertimbus di Sektor C lokasi tanah runtuh.

https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/1512351745953254

Untuk rekod, operasi mencari mangsa telah masuk hari ketiga dan melibatkan agensi-agensi yang terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia (STORM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan banyak lagi.

 

Baca: Netizen Terharu Tengok Unit K9 Turut Kerah Tenaga Cari Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

1Anjg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.